Pengaruh orientasi kepemimpinan pengetua, iklim dini dan atribut psikologi terhadap prestasi guru: Analisis multilevel / Nor Zanariah @ Roba’atul Adawiah Talib

Nor Zanariah @ Roba’atul Adawiah, Talib (2020) Pengaruh orientasi kepemimpinan pengetua, iklim dini dan atribut psikologi terhadap prestasi guru: Analisis multilevel / Nor Zanariah @ Roba’atul Adawiah Talib. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (174Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (4Mb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pemboleh ubah peringkat organisasi (Orientasi Kepemimpinan pengetua dan Iklim Dini) serta pemboleh ubah peringkat individu (atribut psikologi guru – Kepercayaan kepada pengetua, Motivasi, dan Komitmen) terhadap Prestasi guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat peranan pemboleh ubah mediator (Kepercayaan kepada pengetua, Motivasi dan Komitmen) serta peranan pemboleh ubah moderator (Iklim Dini dan Religiositi) dalam hubungan tersebut. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian keratan rentas. Melalui teknik pensampelan rawak berkebarangkalian berstrata berkadaran, 266 orang guru dan 1326 orang murid dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik diedarkan di 55 buah sekolah menengah kebangsaan di Selangor. Reka bentuk kajian adalah pemodelan pelbagai peringkat (multilevel modeling) yang memfokuskan kepada pengetua dan sekolah pada peringkat tinggi (upper level) serta para guru dan murid pada peringkat rendah (lower level). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 20.0 (SPSS), Structural Equation Modeling version 20.0 (SEM) dan Hierarchical Linear Modeling version 7.0 for student (HLM). Kesahan konstruk instrumen kajian dibuktikan melalui ujian faktor analisis (EFA dan CFA) manakala kesahan peranan mediator dinilai menggunakan kaedah Monte Carlo bootstrapping. Dapatan kajian menunjukkan, (i) pada peringkat organisasi, Orientasi Kepemimpinan pengetua dan Iklim Dini merupakan pemboleh ubah yang berpengaruh secara langsung dan tidak langsung terhadap Prestasi guru; (ii) apabila membandingkan antara Orientasi Kepemimpinan pengetua dan Iklim Dini, didapati Orientasi Kepemimpinan merupakan peramal yang mempunyai pengaruh lebih dominan terhadap Kepercayaan guru (γ =.59, SE =.05, p<.001) manakala Iklim Dini merupakan peramal yang mempunyai pengaruh lebih dominan terhadap Motivasi (γ =.21, SE =.08, p<.007), Komitmen (γ =.23, SE =.06, p<.001) dan Prestasi (γ =.17, SE =.06, p<.010); (iii) dalam perbandingan antara Kepimpinan Spiritual, Kepimpinan Transformasi dan Kepimpinan Instruksional, Kepimpinan Spiritual merupakan gaya kepemimpinan yang mempunyai pengaruh paling dominan terhadap Kepercayaan (γ =.45, SE =.06, p<.001) manakala Kepimpinan Transformasi merupakan gaya kepemimpinan yang mempunyai pengaruh paling dominan terhadap Komitmen (γ =.17, SE =.08, p<.039) dan Prestasi (γ =.23, SE =.09, p<.012); (iv) pada peringkat individu, faktor Kepercayaan kepada pengetua, Motivasi dan Komitmen menyumbang kepada Prestasi guru; (v) Kepercayaan, Motivasi dan Komitmen berperanan sebagai mediator dalam hubungan yang positif antara semua pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terikat yang diuji; (vi) Iklim Dini menjadi moderator bagi hubungan positif antara Komitmen dan Prestasi (B =.14, S.E =.07, t =2.04, p<.047), Motivasi dan Prestasi (B =.11, S.E =.04, t = 2.73, p<.009) juga Orientasi Kepemimpinan dan Kepercayaan (B = .82, S.E = .66, t =-2.76, p<.008). Manakala Religiositi pula menjadi moderator bagi hubungan positif antara Kepercayaan dan Komitmen (B =.10, S.E =.59, t =1.87+, p<.063). Berdasarkan dapatan kajian, model konsep yang dinamakan PRISMA (Pengetua sebagai Role model, Iklim Sejahtera, Murabbbi Altruistik) telah dihasilkan sebagai implikasi utama terhadap teori dan amalan. Model yang berasaskan orientasi kepemimpinan pengetua, iklim sekolah dan pengupayaan guru sebagai sumber kerja dalam profesionalisme keguruan ini adalah sesuai dengan konteks nilai, budaya dan sosial tempatan malah selari dengan konsep Islam. Model ini dapat menjadi panduan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Orientasi kepemimpinan; Pengetua; Psikologi; Institusi pendidikan; Sosial
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      L Education > LB Theory and practice of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Foundations & Humanities
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 22 Aug 2023 07:18
      Last Modified: 22 Aug 2023 07:18
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14696

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item