Pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Terengganu / Rosmah Abd. Ghani

Rosmah , Abd. Ghani (2020) Pelaksanaan kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Terengganu / Rosmah Abd. Ghani. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (155Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3177Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh guru prasekolah di Terengganu. Fokus kajian adalah untuk mengkaji proses sebenar yang berlaku dalam amalan pengajaran dalam pembelajaran di kelas prasekolah melibatkan fasa-fasa perancangan, penyampaian dan pentaksiran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk memahami fenomena yang dikaji secara mendalam melibatkan empat orang peserta kajian terdiri daripada guru prasekolah yang mengajar di negeri Terengganu. Mereka dipilih secara bertujuan berdasarkan latar belakang pendidikan, latihan dan pengalaman mengajar. Data dikumpul dan di analisis melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen berkaitan terhadap pengajaran dalam pembelajaran guru tersebut selama enam bulan, kaedah temu bual dengan guru dan analisis kandungan dokumen kurikulum yang berkaitan. Pemerhatian pengajaran dalam pembelajaran yang meliputi Tunjang Bahasa dan Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Fizikal dan Kreativiti, Tunjang Kerohanian dan Moral, Tunjang Kemanusiaan dan Tunjang Keterampilan Diri (Sosioemosi). Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan dipertingkatkan dengan menggunakan strategi triangulasi, pemerhatian jangka masa panjang, semakan ahli, menyatakan bias pengkaji dan jejak audit. Strategi triangulasi, pemerhatian pada jangka masa panjang atau long-term observation, semakan ahli atau member checking dan peer review digunakan untuk mempertingkatkan kesahan dalaman. Kajian mendapati peserta kajian mempunyai konsepsi yang baik terhadap KSPK, namun masih terdapat peserta kajian yang belum memiliki konsepsi yang sempurna dan menyeluruh berkaitan dengan kandungan KSPK, pedagogi, pengetahuan teknologi, dan pentalsiran dalam pendidikan prasekolah sebagaimana saranan KSPK. Dari aspek pelaksanaan KSPK, data menunjukkan guru prasekolah merancang, menyampaikan pengajaran dan melaksanakan pentaksiran mengikut saranan KSPK. Namun masih terdapat beberapa aspek perincian tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kajian ini telah mengenal pasti beberapa permasalahan dalam aspek pelaksanaan KSPK yang masih perlu dibuat penambahbaikan sama ada dari aspek konsepsi guru prasekolah terhadap KSPK dan aspek pelaksanaan KSPK yang meliputi aspek perancangan, pelaksanaan PdP, pentaksiran dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan program pendidikan prasekolah. Kajian ini juga telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dibuat bagi meningkatkan keberkesanan dan kualiti pendidikan prasekolah. Kajian juga turut mendapati faktor guru opsyen bukanlah faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah kurikulum. Sebaliknya kajian ini mendapati guru bukan opsyen prasekolah juga boleh melaksanakan PdP dengan baik dan berkesan sekiranya guru berkenaan mempunyai sikap, minat dan komitmen yang tinggi. Kajian ini diharap dapat membantu guru prasekolah melaksanakan pengajaran serta pentaksiran dengan lebih berkesan. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada penambahan ilmu berkaitan pelaksanaan kurikulum prasekolah serta membawa implikasi kepada penggubal dasar, penyediaan program prasekolah serta kepada pentadbiran dan kepimpinan sekolah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Kurikulum; Prasekolah; Kepimpinan sekolah; Penggubal dasar; Kreativiti
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
      L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 22 Aug 2023 07:20
      Last Modified: 22 Aug 2023 07:20
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14697

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item