Penilaian keberkesanan program kelayakan profesional pemimpin pendidikan kebangsaan dalam kalangan pemimpin sekolah menengah kebangsaan di Selangor / Nirmala Raman

Nirmala , Raman (2020) Penilaian keberkesanan program kelayakan profesional pemimpin pendidikan kebangsaan dalam kalangan pemimpin sekolah menengah kebangsaan di Selangor / Nirmala Raman. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (173Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2244Kb)

      Abstract

      Pada tahun 2008, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program latihan iaitu Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pemimpin sekolah untuk menerajui sekolah. Sehubungan itu, untuk mengenal pasti keberkesanan prpogram ini maka kajian penilaian ini dijalankan di sekolah seluruh negeri sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan Kualitatif dan Kuantitatif. Analisis keperluan yang melibatkan kualitatif dengan menemu bual enam orang pemimpin pendidikan sekolah di daerah Klang. Soalan-soalan terbuka-tertutup digunakan dalam analisis tersebut. Ia adalah berdasarkan Konteks, Input, Proses, Produk dan Teori Perma. Kualitatif juga dilakukan dengan mencari nilai persetujuan antara pakar kualitatif tentang unit-unit analisis sesuatu tema yang diperoleh dalam temu bual. Proses verifikasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan “inter-rater reliability” terhadap kod dan unit yang dianalisis. Fraenkel dan Wallen (2006) menjelaskan kaedah tersebut berupaya melahirkan sebuah kajian yang mantap serta mengurangkan keralatan dan memastikan konsistensi dalam dapatan sesebuah kajian. Analisis Indeks Cohen Kappa dapat menentukan sejauh mana unit analisis yang dipilih dapat menggambarkan tema-tema yang timbul daripada temu bual dengan tepat dan menjurus kepada persoalan yang hendak dikaji. Kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal-selidik. Pemilihan sampel menggunakan kaedah dua peringkat iaitu menggunakan pensampelan kluster dan persampelan rawak. Seramai 701 respenden telah menyertai kajian ini. Data analisis menggunakan perisisan SPSS secara diskriptif iaitu min, sisihan piawai dan peratusan. Data analisis juga menggunakan Korelasi, Anova, dan Regrasi Pelbagai. Model CIPP iaitu konteks, input, proses dan produk telah digunakan untuk membuat penilaian keberkesanan tersebut (Stufflebeam, 2003). Ujian kebolehpercayaan mendapati nilai alfa cronbach adalah 0.98 secara keseluruhannya, manakala ujian kesahan menggunakan ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk menunjukkan data yang diuji bertaburan normal. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item bagi konteks, input, proses dan produk adalah berkesan iaitu min melebahi 3.67 hingga 5.00. Kajian ini telah memilih halangan berdasarkan Teori Perma menggunakan pendekatan psikologi iaitu emosi-emosi yang positif, tindakan, hubungan positif, bermakna dan pencapaian yang diperkenalkan oleh (Martin Seligman, 2011). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan program NPQEL yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki, Malaysia adalah berkesan. Keberkesanan ini ada kaitanya dengan kandungan modul yang menggunakan pendekatan teori dan praktrikal di samping para pensyarah yang berpengalaman dan berkelayakan. Selain itu kejayaan seseorang pemimpin pendidikan sekolah adalah bergantung kepada keupayaan melaksanakan amalan kepimpinan di sekolah dengan cekap dan berkesan (Mohammed Sani, 2013) dan kesanggupan untuk melaksanakannya kerana kepimpinan adalah satu kemahiran yang boleh dipelajari (Bush 2008; Gentry et al. 2013) telah dapat direalisasikan dalam kajian ini. Dapatan teori Perma pula menunjukkan keyakinan diri adalah trait kepimpinan yang membantu seseorang menjadi pemimpin yang lebih berkaliber dalam kepimpinannya, manakala kepercayaan diri ialah kepercayaan dalam diri seseorang bahawa dia boleh melakukan sesuatu perkara telah diamalkan oleh pemimpin sekolah dalam kajian ini.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: KPM; NPQEL; Kepercayaan; Pemimpin sekolah; Berkaliber
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Management, Planning & Policy
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 22 Aug 2023 07:25
      Last Modified: 22 Aug 2023 07:25
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14699

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item