Analisis vokal lagu Mengadap Rebab dalam teater Makyung Kelantan / Wan Ismail Naqiuddin Hasbi

Wan Ismail Naqiuddin , Hasbi (2021) Analisis vokal lagu Mengadap Rebab dalam teater Makyung Kelantan / Wan Ismail Naqiuddin Hasbi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (177Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1229Kb)

      Abstract

      Mengadap Rebab, sebuah lagu pembuka semasa babak permulaan persembahan bagi teater tradisional Makyung. Ia dipersembahkan lengkap dengan elemen muzik, nyanyian dan seni gerak tari.Pemain watak Pak Yong yang menjadi watak utama di dalam teater ini diberi peranan sebagai vokal utama dan seterusnya setiap rangkap akan disahut oleh sekumpulan suara yang dikenali sebagai Jong-Donde. Tesis ini membentangkan analisis berkaitan dengan vokal atau suara yang dinyanyikan oleh pemain watak Pak Yong dalam lagu Mengadap Rebab. Menerusi analisis yang dijalankan kepada beberapa orang pemain, ia akan merungkai hubung kait nada dan variasi alunan suara yang dinyanyikan serentak bersama alat muzik Rebab. Melalui kajian ini, akan dapat diperhatikan julat suara yang diperlukan bagi melengkapkan nyanyian lagu ini. Perkara yang dibahaskan juga adalah berkaitan dengan tingkat suara yang dimainkan oleh rata-rata pemain watak di dalam lagu ini dan kategori vokal yang diperlukan bagi seorang lelaki dan wanita. Seperkara lagi adalah huraian berdasarkan improvisasi yang dimainkan serta kemahiran yang perlu ada bagi setiap individu yang ingin menyanyikan lagu Mengadap Rebab di dalam teater ini. Sebagai kesimpulan, tesis ini akan merungkai elemen seni suara dalam karakter yang menjadi faktor penyumbang kepada nyanyian lagu Mengadap Rebab ini untuk dipersembahkan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Creative Arts, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Vokal; Makyung; Mengadap Rebab; Teater; Karakter
      Subjects: M Music and Books on Music > M Music
      P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Feb 2024 01:52
      Last Modified: 18 Feb 2024 01:52
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14778

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item