Bi’ah lughawiyyah dalam pembelajaran bahasa Arab di universiti awam Malaysia / Che Mohd Zaid Yusof

Che Mohd Zaid , Yusof (2018) Bi’ah lughawiyyah dalam pembelajaran bahasa Arab di universiti awam Malaysia / Che Mohd Zaid Yusof. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (188Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (1818Kb)

      Abstract

      Bi'ah lughawiyyah ialah persekitaran pembelajaran bahasa yang dibahagikan kepada komponen psikososial dan fizikal. Tujuan kajian ini ialah untuk; (i) mengenal pasti tahap bi‟ah lughawiyyah (komponen psikososial dan fizikal), sikap, kepuasan dan pencapaian pelajar, (ii) mengkaji pengaruh bi‟ah lughawiyyah, sikap dan kepuasan pelajar terhadap pencapaian pelajar, (iii) mengkaji pengaruh bi‟ah lughawiyyah terhadap sikap dan kepuasan pelajar, (iv) mengkaji pengaruh sikap pelajar terhadap kepuasan pelajar dan (v) mengkaji peranan sikap dan kepuasan pelajar sebagai penengah dalam hubungan di antara bi‟ah lughawiyyah dan pencapaian pelajar. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan set soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada beberapa kajian terdahulu. Seramai 494 orang pelajar di lapan buah universiti awam Malaysia yang menawarkan kursus sarjana muda bahasa Arab terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis data adalah berbentuk deskriptif dan inferensi. Kesahan konstruk dan item soal selidik dilakukan menggunakan ujian pengesahan analisis faktor iaitu analisis penerokaan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA). Data kajian dianalisis dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS-22) dan perisian Structural Equation Modelling - Partial Least Square (Smart – PLS 3). Beradasarkan hasil analisis data, kajian ini menunjukkan bahawa bi‟ah lughawiyyah berada pada tahap tinggi. Bagi komponen psikososial, empat elemen berada pada tahap tinggi iaitu ekuiti, bekerjasama, kepaduan pelajar dan orientasi tugasan manakala dua elemen lagi berada pada tahap sederhana tinggi iaitu bimbingan pensyarah dan penglibatan pelajar. Seterusnya, bagi komponen fizikal, dua elemen berada pada tahap tinggi iaitu pencahayaan dan teknologi, manakala dua elemen lagi berada pada tahap sederhana tinggi iaitu kualiti udara dalaman dan perabut dan peralatan. Kajian ini juga mendapati bahawa komponen fizikal dan kepuasan pelajar secara positif dan signifikan mempengaruhi pencapaian pelajar manakala komponen psikososial dan sikap pelajar tidak mempengaruhi pencapaian pelajar. Selanjutnya, kajian ini juga mendapati bahawa komponen psikososial dan fizikal secara positif dan signifikan mempengaruhi sikap pelajar. Bagi pemboleh ubah bi‟ah lughawiyyah dan sikap pelajar, hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua pemboleh ubah tersebut secara postif dan signifikan mempengaruhi kepuasan pelajar. Seterusnya, dapatan kajian turut menemukan bahawa sikap pelajar dan kepuasan pelajar berperanan sebagai penengah dalam hubungan di antara bi‟ah lughawiyyah dan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan sebuah model bi‟ah lughawiyyah dalam pembelajaran bahasa Arab yang dapat digunakan sebagai panduan dalam meningkatkan prestasi pelajar khususnya subjek bahasa Arab di universiti awam Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Bi’ah lughawiyyah; Universiti awam Malaysia; Bahasa Arab; Kepuasan pelajar; Psikososial
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Language & Literacy Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Feb 2024 03:09
      Last Modified: 18 Feb 2024 03:09
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14793

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item