Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi drama kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah / Haneem Said

Haneem , Said (2021) Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi drama kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah / Haneem Said. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (177Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3843Kb)

      Abstract

      Pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan jenayah berat yang kian berleluasa di Malaysia. Isu yang semakin tular di media sosial dan mencetuskan kegusaran banyak pihak ini mampu ditangani sekiranya kanak-kanak diperkasa dengan pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual. Justeru, menerusi kajian ini, sebuah modul keselamatan seksualiti berasaskan Drama Kreatif yang dinamakan sebagai Modul PEERS-DK telah dibina khusus untuk kanak-kanak prasekolah berusia lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilaksanakan menerusi beberapa kaedah mengikut tiga fasa kajian yang berbeza. 72 kanak-kanak prasekolah yang dilibatkan dalam kajian ini dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di mana kumpulan eksperimen telah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial (PEERS) menerusi Modul PEERS-DK manakala kumpulan kawalan tidak menerima rawatan terbabit. Ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan ditadbir untuk ke dua-dua kumpulan. Hasil kajian fasa pertama menerusi temu bual terhadap 17 guru prasekolah mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS iaitu topik mencabar, guru malu, guru bimbang, kanak-kanak malu dan tingkah laku disruptif kanak-kanak. Selain itu, dapatan kajian juga mendedahkan bahawa kaedah pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan aktiviti yang disukai kanak-kanak prasekolah merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan bagi merangsang fokus dan mengekalkan daya tumpu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS. Di samping itu, dapatan kajian turut mencungkil cadangan-cadangan daripada para guru di mana mereka menyarankan penggunaan dramatisasi cerita, pantomim, boneka dan lakonan cerita sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran PEERS yang efektif untuk kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian fasa ke dua yang diperoleh berdasarkan penilaian pakar mendedahkan bahawa semua aktiviti mencecah lebih 70% aras kesahan kandungan. Sementara itu, nilai α keempat-empat sesi dengan 16 aktiviti berada antara julat 0.64 hingga 0.92. Analisis U Mann-Whitney yang ditadbir pada fasa ke tiga kajian membuktikan bahawa min skor ujian pasca bagi pencapaian pengetahuan pencabulan seksual kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan dan statistik berbanding kumpulan kawalan dengan nilai U= 20.50,

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Creative Arts, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Drama kreatif; Kanak-kanak prasekolah; Modul PEERS-DK; Pencabulan seksual; Pendidikan kesihatan reprodukif dan sosial
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Feb 2024 02:59
      Last Modified: 18 Feb 2024 02:59
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14795

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item