Hubungan antara sikap bertangguh dan efikasi kendiri terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar kolej matrikulasi terpilih / Nuur Diyana Ab Sattar

Nuur Diyana , Ab Sattar (2019) Hubungan antara sikap bertangguh dan efikasi kendiri terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar kolej matrikulasi terpilih / Nuur Diyana Ab Sattar. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (174Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (862Kb)

      Abstract

      Isu berkenaan kemerosotan dalam pencapaian matematik di matrikulasi telah membawa kepada keperluan untuk mengkaji lebih mendalam faktor afektif yang mempengaruhi pencapaian matematik di peringkat matrikulasi. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti tahap sikap bertangguh, efikasi kendiri dan pencapaian matematik, korelasi di antara ketiga-tiganya dan mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh sikap bertangguh dan efikasi kendiri terhadap pencapaian matematik. Reka bentuk kajian deskriptif dan korelasi digunakan dalam kajian ini. Tiga buah kolej matrikulasi di zon selatan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang terdiri daripada 365 responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak kelompok. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik Inventori Sikap Bertangguh dan Efikasi Kendiri Terhadap Matematik. Keputusan menunjukkan tahap sikap bertangguh, efikasi kendiri dan pencapaian matematik adalah sederhana. Ini menunjukkan pelajar mempunyai keyakinan akan kemampuan dirinya dalam pencapaian matematik. Sikap bertangguh mempunyai korelasi yang negatif dengan pencapaian matematik dengan nilai -.692. Hubungan ini pada tahap sederhana kuat. Efikasi kendiri dan pencapaian matematik mempunyai korelasi yang positif dengan nilai .869. Hubungan ini menunjukkan kuat, positif dan signifikan. Hubungan korelasi yang tinggi menunjukkan keyakinan diri yang tinggi dalam pencapaian matematik pada peringkatnya. Keputusan analisis regresi linear berganda menunjukkan efikasi kendiri merupakan peramal utama diikuti dengan sikap bertangguh yang mempengaruhi kepada pencapaian matematik. Keputusan analisis regresi pelbagai yang dijalankan memberikan nilai R Kuasa Dua (R2=.766) menunjukkan perubahan dalam kombinasi dua pemboleh ubah bebas iaitu sikap bertangguh dan efikasi kendiri menyumbang sebanyak 76.6% terhadap perubahan dalam pencapaian matematik pelajar kolej matrikulasi zon selatan. Ini bermakna terdapat 23.4% dalam pencapaian matematik pelajar yang tidak dapat diramal mungkin disebabkan oleh pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain (faktor lain) yang tidak dikaji dalam kajian ini. Sebagai kesimpulan, efikasi kendiri lebih dominan diikuti dengan sikap bertangguh dalam mempengaruhi pencapaian matematik pelajar kolej matrikulasi.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Sikap bertangguh; Efikasi kendiri; Kolej matrikulasi; Kognitif; Matematik
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
      Q Science > QA Mathematics
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Mathematics & Science Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Dec 2024 07:37
      Last Modified: 04 Dec 2024 07:37
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15046

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item