Hubungan penglibatan ibu bapa dengan tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun / Sharifah Aini Syed Tahir

Sharifah Aini, Syed Tahir (2020) Hubungan penglibatan ibu bapa dengan tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun / Sharifah Aini Syed Tahir. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (231Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1862Kb)

      Abstract

      Kajian ini adalah berkaitan penglibatan ibu bapa dan tingkah laku prososial kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah menentukan hubungan antara status sosioekonomi ibu bapa dengan enam dimensi penglibatan ibu bapa seterusnya hubungan antara dimensi penglibatan ibu bapa tersebut dengan tiga jenis tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun. Seramai 210 ibu bapa dan anak berusia empat tahun dan 16 orang pendidik awal kanak-kanak dari 13 buah taska yang dipilih secara rawak berstrata di bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya telah dilibatkan dalam kajian ini. Data kajian diperolehi menerusi dua set soalselidik untuk mengukur status sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa yang dijawab sendiri oleh ibu bapa dan juga dari pendidik awal kanak-kanak yang berurusan dengan ibu bapa berkaitan dari segi penglibatan sahaja. Manakala satu lagi soal selidik yang dijawab oleh pendidik awal kanak-kanak untuk mendapatkan tahap penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak terlibat semasa di taska. Analisis data menggunakan program SPSS 24.0 dengan kaedah analisis deskriptif dan kolerasi Khi Kuasadua, Pearson r serta regresi berganda. Hasil kajian ini mendapati status sosioekonomi ibu bapa tidak mempunyai hubungan yang konsisten dengan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa mempunyai hubungan signifikan dengan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak menerusi empat dari enam dimensi yang dikaji iaitu stimulasi bahasa, stimulasi akademik, daya respon dan kepelbagaian pengalaman. Dimensi yang dominan yang meramalkan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak empat tahun adalah dimensi stimulasi bahasa dan kepelbagaian pengalaman. Hasil kajian sangat bermanafaat sebagai panduan kepada ibu bapa terutama ibu bapa bekerja dan pendidik awal kanak-kanak yang turut berperanan besar dalam perkembangan social kanak-kanak dari segi meningkatkan dimensi penglibatan yang bersesuaian untuk meningkatkan penampilan tingkah laku prososial kanak-kanak.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Penglibatan ibu bapa; Dimensi penglibatan ibu bapa; Tingkah laku prososial; Status sosioekonomi
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 19 Jul 2024 06:30
      Last Modified: 19 Jul 2024 06:30
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15136

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item