Penyelewengan tafsiran ayat al-Quran dalam saluran Tedx Talk di Youtube: Analisis pemikiran Samina Ali mengenai isu wanita / Nurul Afifah Elias

Nurul Afifah , Elias (2023) Penyelewengan tafsiran ayat al-Quran dalam saluran Tedx Talk di Youtube: Analisis pemikiran Samina Ali mengenai isu wanita / Nurul Afifah Elias. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (185Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (5Mb)

      Abstract

      Media sosial merupakan sebuah platform penyebaran ilmu dan dakwah serta menjadi medan sumber informasi maklumat abad ini. Kecanggihan teknologi internet sebagai medium perkongsian maklumat merupakan satu cabaran bagi umat Islam kerana fenomena berita palsu kian merebak menjadikan ketulenan dan kesahihan sesebuah maklumat diragui dan perlu diselidik terlebih dahulu. Isu ini menjadi semakin serius apabila berlaku penyelewengan terhadap tafsiran ayat al-Quran di media sosial khususnya seperti di YouTube dengan menyampaikan salah faham yang tersasar dari landasan agama Islam. Justeru, kajian ini akan mengkaji dan menganalisis pandangan Samina Ali tentang penyelewengan ayat al-Quran melalui video What Does the Quran Really Say About a Muslim Woman’s Hijab? yang telah dimuatnaik di laman sesawang YouTube oleh saluran TEDx Talks. Selanjutnya, kajian ini akan menjelaskan biografi Samina Ali dan seterusnya mendedahkan pandangan Samina Ali terhadap isu pemakaian hijab, khimar, jilbab, emansipasi wanita dan patriarki. Metodologi yang digunakan ialah reka bentuk kualitatif menggunakan metode pemerhatian, dokumentasi dan kepustakaan sebagai kaedah pengumpulan data manakala metode induktif, deduktif, deskriptif dan komparatif digunakan bagi kaedah analisis data. Hasil kajian mendapati Samina mempunyai pendapat yang berlainan dan berbeza dengan metodologi dan pemikiran ulama Islam. Samina memahami ayat secara umum dari segi literal dan zahir sahaja tanpa merujuk pandangan ulama dalam isu pemakaian hijab, khimar, jilbab, emansipasi wanita dan patriarki. Oleh itu, masyarakat Islam perlu berhati-hati dengan informasi mengenai ilmu agama Islam di media sosial dengan memastikan maklumat yang disampaikan adalah sahih dan tidak menyeleweng kerana ia dapat memberi implikasi buruk terhadap akidah umat Islam.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Penyelewengan al-Quran; media sosial YouTube; TEDx Talks; Samina Ali; Isu wanita
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2024 02:23
      Last Modified: 18 Jul 2024 02:23
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15180

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item