Stres dalam amalan pemulihan oleh pengamal pemulihan kes penyelewengan agama di Selangor / Nur Akmal Zakiah Ahmad

Nur Akmal Zakiah , Ahmad (2023) Stres dalam amalan pemulihan oleh pengamal pemulihan kes penyelewengan agama di Selangor / Nur Akmal Zakiah Ahmad. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (181Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1478Kb)

      Abstract

      Setiap profesion pekerjaan tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan tekanan kerja. Begitu juga profesion pengamal pemulihan yang memerlukan komitmen tinggi kepada usaha-usaha rehabilitasi sudah pasti memberikan tekanan tertentu kepada golongan ini. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti faktor tekanan yang dihadapi oleh pengamal pemulihan dalam kes penyelewengan agama di Selangor. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui pendekatan yang diambil oleh pengamal pemulihan dalam menangani tekanan yang dihadapi mereka. Seterusnya pengkaji ingin mengetahui sejauh mana implikasi tekanan mempengaruhi pembangunan diri yang positif terhadap profesional pengamal pemulihan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan sampel informan yang terdiri daripada lima orang pengamal pemulihan yang menjalankan perkhidmatan tolong bantu pelatih yang terlibat dalam kes penyelewengan agama di Selangor. Pengutipan data dijalankan melalui kaedah temubual mendalam dan data kajian dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan pengamal pemulihan antaranya faktor bebanan kerja dan tuntutan pekerjaan, kurang kompetensi dan ilmu pengetahuan, sikap pelatih dan gangguan luar. Berdasarkan dapatan yang diperolehi juga mendapati antara pendekatan yang diambil oleh para pengamal pemulihan bagi menangani tekanan adalah melalui amalan agama dan kerohanian, sokongan sosial, aktiviti kegemaran dan persekitaran yang sihat. Dari sudut lain, kajian juga mendapati bahawa berlakunya pembangunan positif dalam diri pengamal pemulihan daripada sudut ilmu pengetahuan, kemahiran dan kerohanian. Akhir sekali, kajian dapat mengenal pasti bahawa tekanan mempengaruhi pembangunan diri pengamal secara positif dan negatif.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Pengamal pemulihan; Tekanan; Pemulihan; Profesional identiti; Penyelewengan agama
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2024 02:03
      Last Modified: 18 Jul 2024 02:03
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15181

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item