Lagu Sewang masyarakat Orang Asli sebagai sumber kurikulum pengajaran dan pembelajaran prabacaan kanak-kanak prasekolah / Siti Nor Khalis Harun Narasid

Siti Nor Khalis , Harun Narasid (2021) Lagu Sewang masyarakat Orang Asli sebagai sumber kurikulum pengajaran dan pembelajaran prabacaan kanak-kanak prasekolah / Siti Nor Khalis Harun Narasid. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (169Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1515Kb)

      Abstract

      Lagu Sewang merupakan sebuah irama,nyanyian atau jenulang (bahasa suku kaum Semai) tradisional orang Asli yang dinyanyikan dalam berbagai-bagai fungsi acara seperti hiburan, buka cinta, perkahwinan, memuja semangat padi dan juga perubatan. Lagu Sewang ini menjadi hiburan utama dan identiti bagi masyarakat orang asli. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen sumber kurikulum pengajaran dan pembelajaran Prabacaan berasaskan Lagu Sewang Masyarakat Orang Asli (LSMOA) bagi kanak-kanak Prasekolah berdasarkan pandangan pakar. Oleh itu, tiga objektif utama kajian telah ditetapkan: a) mengenalpasti kesesuaian LSMOA dalam aktiviti pembelajaran Prabacaan kanak-kanak Prasekolah, b) mengenalpasti isi kandungan sumber pembelajaran berasaskan LSMOA dalam aktiviti pembelajaran Prabacaan kanak-kanak Prasekolah, dan c) mengenalpasti strategi pengajaran berasaskan LSMOA dalam aktiviti pembelajaran Prabacaan kanak-kanak Prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Fuzzy Delphi (TFD) bagi menentukan elemen sumber kurikulum pengajaran dan pembelajaran Prabacaan berasaskan LSMOA bagi kanak-kanak Prasekolah. 20 orang pakar dari bidang prasekolah, bahasa dan lagu tradisi Orang Asli dipilih sebagai panel bagi menentukan elemen-elemen yang bersesuaian kepada sumber kurikulum ini. Pada fasa awal, sorotan literatur dan temubual bersama lima orang pakar digunakan untuk mendapatkan tema dan elemen utama sumber kurikulum bagi soal selidik TFD. Instrumen ini mengandungi 30 sub item beradasarkan tiga tema utama kajian dan digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan persetujuan pakai melalui TFD untuk menentukan sumber kurikulum yang relevan. Ringkasnya, dapatan TFD bersama 20 pakar menunjukan keseluruhan pakar bersetuju dengan keseluruhan elemen-elemen yang dicadangkan dalam kajian ini. Bagi elemen kesesuaian LMSOA dalam aktiviti pembelajaran, konstruk ini mencapai nilai persetujuan pakar yang tinggi iaitu 92.88% (>75%). Seterusnya, bagi elemen isi kandungan sumber pembelajaran, nilai persetujuan pakar juga adalah tinggi iaitu 96.0% (>75%). Akhir sekali, bagi elemen strategi pengajaran dan pembelajaran, konstruk ini mencapai nilai persetujuan pakar yang tinggi iaitu 94.16% (>75%). Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah menggariskan elemen-elemen yang bersesuaian untuk pembangunan sumber kurikulum pengajaran dan pembelajaran prabacaan kanak-kanak prasekolah berdasarkan LSMOA. Sebagai implikasi, dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk pembangunan sumber kurikulum bagi perlaksanaan dalam konteks sebenar di prasekolah Orang Asli di Malaysia bagi meningkatkan penguasaan kemahiran prabacaan kanak-kanak.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Kanak-kanak prasekolah ; Lagu Sewang; Orang Asli; Irama,nyanyian; Teknik Fuzzy Delphi (TFD)
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Dec 2024 02:03
      Last Modified: 04 Dec 2024 02:03
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15219

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item