Muhammad Hakim , Kamal (2023) Kebolehgunaan teknik terjemahan gaya bahasa Iltifāt kata ganti nama Ilahi dalam al-Quran / Muhammad Hakim Kamal. PhD thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (234Kb) | |
PDF (Thesis PhD) Download (2161Kb) |
Abstract
Iltifāt KGN merupakan salah satu topik perbahasan dalam bidang terjemahan Arab- Melayu. Tinjauan literatur memperlihatkan iltifāt KGN dalam al-Quran kerap diterjemahkan secara literal sekaligus menyukarkan pembaca sasaran memahami entiti sebenar KGN. Terjemahan literal ini dikesan dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (TPAR) dan Tafsir Fi Zilalil Qur’an (TFZQ). Isu terjemahan iltifāt KGN semakin kompleks apabila melibatkan pertukaran KGN pola jamak dengan entiti Allah. Oleh sebab itu, kualiti terjemahan iltifāt KGN Ilahi dalam TPAR dan TFZQ sewajarnya dinilai daripada sudut kebolehgunaan dalam kalangan pembaca sasaran. Bertitik tolak daripada itu, kajian dilakukan bertujuan mengenalpasti iltifāt KGN Ilahi dalam al-Quran, menganalisis teknik terjemahan Abdullah Basmeih dan Yusoff Zaky terhadap gaya bahasa berkenaan serta merumuskan kualiti terjemahan iltifāt KGN Ilahi berdasarkan tahap kebolehgunaannya. Untuk mencapai objektif berkenaan, teori iltifāt oleh al-Madaniy (1968), Vinay dan Darbelnet (2000) serta Quesenbery (2001) diterapkan. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif jenis kajian kes yang berteraskan huraian deskriptif. Dapatan menunjukkan Abdullah Basmeih dan Yusoff Zaky menggunakan tiga pendekatan ketika menterjemah iltifāt KGN Ilahi ke bahasa Melayu iaitu terjemahan dengan teknik tunggal, gabungan dua teknik dan gabungan tiga teknik terjemahan. Teknik literal menjadi kemestian bagi mereka, namun Yusoff Zaky lebih kerap menggunakan pendekatan ini berbanding Abdullah Basmeih. Terjemahan iltifāt KGN Ilahi oleh Abdullah Basmeih didapati lebih berkualiti berbanding terjemahan Yusoff Zaky kerana teknik eksplisitasi yang diterapkan oleh beliau membolehkan terjemahannya mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi daripada sudut atribut keberkesanan, kebolehbelajaran, kecekapan dan atribut kepuasan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa konsep kebolehgunaan yang berteraskan pendapat pembaca sasaran sewajarnya dijadikan pendekatan dalam menilai kualiti terjemahan gaya bahasa al-Quran. Kajian diharap dapat memberikan impak khususnya dalam menilai kualiti terjemahan al-Quran daripada sudut kebolehgunaannya sekaligus menjana teknik terjemahan yang mampan bagi iltifāt KGN Ilahi.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Iltifāt KGN Ilahi; Teknik terjemahan; Abdullah Basmeih; Yusoff Zaky; Penilaian kualiti terjemahan |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Nov 2024 06:19 |
Last Modified: | 08 Nov 2024 06:19 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15245 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |