Penukaran kod pensyarah bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru / Nurul Atikah Md Shafee

Nurul Atikah , Md Shafee (2023) Penukaran kod pensyarah bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru / Nurul Atikah Md Shafee. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (164Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1252Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pola linguistik dan fungsi penukaran kod pensyarah serta persepsi pelatih terhadap penukaran kod dalam kelas bahasa Arab. Sampel kajian ini diambil daripada 3 orang pensyarah bahasa Arab dari sebuah institut pendidikan guru yang mengajar menggunakan medium bahasa tersebut ke atas sekumpulan guru pelatih Tahun 3. Rakaman audio, temu bual dan soal selidik digunakan sebagai instrumen penyelidikan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Teori yang diperkenalkan Scotton (1993) melalui model Matrix Language Frame diguna pakai bagi menerangkan pola lingustik dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan menganalisis fungsi penukaran kod, penyelidik mengguna pakai teori perbualan Gumperz (1982). Dapatan menunjukkan bahawa pensyarah menggunakan penukaran kod semasa mengajar, bertukar dari bahasa Arab ke bahasa Melayu atau sebaliknya dengan wajar semasa mengajar bahasa sasaran iaitu bahasa Arab. Didapati juga bahawa penukaran kod pensyarah membawa pelbagai fungsi penting, baik tujuan pedagogi mahupun sosial. Di samping itu, majoriti daripada 49 orang pelatih yang menjawab soal selidik mempunyai pandangan positif mengenai penukaran kod pensyarah semasa pengajaran.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Penukaran kod; Pola linguistic; Fungsi penukaran kod; Matrix Language Frame; Bahasa Arab
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Jan 2025 03:43
      Last Modified: 08 Jan 2025 03:43
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15255

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item