Pembinaan prototaip VAGAT dalam peningkatan kemahiran bertutur murid Sekolah Tamil / Durga Devi Kupusamy

Durga Devi , Kupusamy (2024) Pembinaan prototaip VAGAT dalam peningkatan kemahiran bertutur murid Sekolah Tamil / Durga Devi Kupusamy. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (89Kb)
    [img] PDF (Thesis (M.A.)
    Download (1707Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membina prototaip VAGAT kemahiran bertutur bagi murid sekolah Tamil dalam pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Melayu. Prototaip VAGAT kemahiran bertutur ini dibina berpandukan Model ADDIE. Prototaip yang dibina mengandungi tiga kandungan, iaitu bahan pembelajaran, video pembelajaran dan latihan/kuiz interaktif. Aspek kemahiran bertutur yang diberi fokus dalam kajian ialah sebutan (vokal, konsonan) dan kosa kata. Elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi digunakan dalam pembinaan prototaip VAGAT ini. Keberkesanan prototaip dinilai dari segi penilaian pakar bidang, pencapaian skor subjek kajian dalam ujian lisan pra - pasca dan data temu bual informan. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan dua belas orang subjek kajian yang belajar di tahun empat. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan, protokol temu bual dan senarai semak pemerhatian. Kaedah triangulasi digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian antara ujian lisan, temu bual dan pemerhatian. Analisis data kuantitatif yang minimum digunakan untuk mencari tahap penguasaan subjek kajian sebelum dan selepas penggunaan prototaip VAGAT ini. Dapatan kajian menunjukkan tiga orang subjek kajian mendapat tahap penguasaan tertinggi (baik), iaitu 66 peratus dan 62 peratus, diikuti oleh lapan orang subjek kajian yang lain mendapat tahap penguasaan kedua tertinggi (memuaskan), iaitu 52 peratus hingga 42 peratus, manakala seorang subjek kajian mendapat tahap penguasaan (kurang memuaskan) yang paling rendah, iaitu 34 peratus. Dapatan senarai semak pemerhatian dan temu bual informan menunjukkan prototaip VAGAT sesuai untuk meningkatkan minat, motivasi dan kefahaman subjek kajian dalam kemahiran bertutur.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Pembinaan; Prototaip VAGAT; Peningkatan; Kemahiran bertutur; Murid sekolah Tamil
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Academy of Malay Studies > Jabatan Linguistik Melayu
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 02 Sep 2024 06:42
      Last Modified: 02 Sep 2024 06:42
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15285

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item