Leong , Hooi Li (2024) Reka bentuk pembelajaran berasaskan khidmat untuk Pendidikan Moral sekolah menengah / Leong Hooi Li. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (336Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (1431Kb) |
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral menekankan tiga domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral untuk membentuk insan berakhlak mulia. Namun begitu, guru Pendidikan Moral sering menekankan penaakulan moral dan bukannya emosi moral dan perlakuan moral. Justeru, kajian ini mencadangkan reka bentuk Pembelajaran Berasaskan Khidmat (PBK) atau lebih dikenali Service Learning sebagai pendekatan pengajaran yang menghubungkan teori dan amalan dengan memberi peluang kepada pelajar kedua-duanya untuk mengambil bahagian dalam perkhidmatan yang memenuhi keperluan komuniti. Kajian ini menggunakan Aplikasi Fuzzy Delphi (FDM) dengan 15 pakar dari bidang sains sosial dan mempunyai pengalaman PBK untuk menentukan objektif pembelajaran, kandungan pelajaran, strategi pembelajaran dan penilaian pelajaran sebagai garis panduan bagi Pendidikan Moral sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk utama telah mendapat kesepakatan pakar adalah melebihi 75%, nilai Threshold (d) <0.2 dan α–cut melebihi 0.5. Reka bentuk yang dicadangkan adalah garis panduan yang relevan dalam memperkenalkan PBK di sekolah menengah. Ini menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk utama ini diperlukan dalam mengintegrasikan PBK sebagai wadah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2024. |
Uncontrolled Keywords: | Pendidikan Moral; Reka bentuk pembelajaran; Service learning; Teori Kolb; Pengalaman konkrit |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Nov 2024 07:26 |
Last Modified: | 08 Nov 2024 07:26 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15475 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |