Analisis berita konflik Lahad Datu tahun 2013 berdasarkan Teori Sistemik-Fungsional / Norhafizah Mohamed Husin

Norhafizah , Mohamed Husin (2022) Analisis berita konflik Lahad Datu tahun 2013 berdasarkan Teori Sistemik-Fungsional / Norhafizah Mohamed Husin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (239Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (1688Kb)

      Abstract

      Kajian ini merupakan analisis linguistik mengenai konflik yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, Utusan Borneo dan The New Sabah Times. Dengan menggunakan arkib berita dalam talian, kajian kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur bahasa yang menggambarkan konflik, memetakan tipologinya, dan melihat perbezaan pelaporan konflik oleh setiap akhbar bagi menggambarkan peristiwa tersebut. Daripada unsur-unsur bahasa yang ditemui dalam korpus kajian, konflik Lahad Datu boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu peristiwa konflik, dan pengurusan dan penyelesaian konflik. Peristiwa konflik melibatkan konflik jenis verbal dan jenis fizikal bersenjata. Dengan menggunakan analisis transitiviti Teori Sistemik-Fungsional oleh Halliday (1981, 1985), konsep-konsep konflik verbal diungkapkan oleh hipernim hina, lekeh, nafi, bohong, tuduh, bantah, amaran dan andaian. Konflik fizikal bersenjata digambarkan dengan merujuk Manusia sebagai Pelaku Nyata, Pelaku Tersembunyi dan Penderita, Peristiwa konflik, Suasana dan kesan yang terbit daripada konflik, Kaedah konflik dan Akibat konflik. Pengurusan konflik diungkapkan oleh hipernim Taktik termasuklah yang dinyatakan secara verbal, Sikap dan Tindakan, manakala penyelesaian konflik timbul daripada inisiatif sehala dan dua hala, berserta gencatan senjata yang berlangsung dalam tempoh tertentu sehinggalah akhirnya perdamaian dapat dicapai antara dua pihak dalam konflik. Hipernim dalam kategori-kategori konflik yang dinyatakan di atas mempunyai makna asas dan makna terbitan. Bagi menentukan persamaan dan perbezaannya, pendekatan Asmah (2013), berdasarkan teori Lehrer (1974) diterapkan. Hubungan hipernim-hiponim ini menjadi asas kepada pemetaan tipologi konflik Lahad Datu. Kepelbagaian tafsiran oleh akhbar yang berbeza dalam pelaporan berita konflik jelas dilihat daripada pilihan kata dan struktur tematik klausa. Kesimpulannya, penerapan Teori Sistemik-Fungsional dan kerangka metodologi yang dipilih, sesuai digunakan untuk mengkaji konflik seperti yang berlaku di Lahad Datu ini.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Teori Sistemik-Fungsional; Konflik Lahad Datu; Tipolog; Tafsiran; Berita Harian
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 14 Mar 2025 05:45
      Last Modified: 14 Mar 2025 05:45
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15602

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item