Perkembangan sosioekonomi masyarakat India di Selangor, 1884-1941 / Jaya Gannesan Sela Sundram

Jaya Gannesan , Sela Sundram (2024) Perkembangan sosioekonomi masyarakat India di Selangor, 1884-1941 / Jaya Gannesan Sela Sundram. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (143Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (3088Kb)

      Abstract

      Kajian ini membincangkan perkembangan sosioekonomi masyarakat India di Selangor dengan memberikan penekanan terhadap aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan antara tempoh 1884 hingga 1941. Kehadiran orang India ke Selangor mempunyai kaitan dengan pengenalan ekonomi komersial terutamanya tanaman kopi dan getah. Pembukaan kawasan ladang getah yang dilakukan secara besar-besaran pada awal abad ke-20 telah membawa kepada peningkatan jumlah orang India di Selangor. Kajian ini mempunyai beberapa persoalan. Antaranya ialah sejauh mana penglibatan masyarakat India dalam pembangunan sosioekonomi di Selangor? Persoalan lain ialah apakah keadaan kesihatan dalam kalangan masyarakat India di Selangor? Antara objektif kajian adalah untuk membincangkan penglibatan masyarakat India dalam Pembangunan sosioekonomi di Selangor terutamanya perkembangan pendidikan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat India di Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif dengan berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian arkib dan perpustakaan. Sumber-sumber pertama seperti Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Fail Pejabat Tanah Jajahan (CO 273 dan CO 717), Laporan Tahunan Selangor mengikut jabatan serta dokumen rasmi kerajaan lain telah dirujuk dalam kajian ini. Mengikut data dan maklumat yang diperoleh, kajian ini membuktikan penglibatan orang India dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi mahupun sosial. Kajian ini sangat penting dalam menonjolkan kehidupan masyarakat India di Selangor dalam tempoh kajian. Selain itu, kajian ini penting kerana mampu memperjelaskan aspek pekerjaan, pendidikan dan kesihatan orang India di Selangor secara terperinci. Antara hasil dapatan kajian ini ialah wujudnya kepelbagaian dalam melihat aktiviti ekonomi orang India di Selangor. Meskipun buruh ladang merupakan sektor utama, namun didapati, terdapat sektor-sektor lain yang turut melibatkan orang India. Ini bermakna kajian ini menolak pandangan sebelum ini yang meletakkan seolah-olah 100 peratus orang India di Selangor hanyalah sebagai buruh ladang semata. Dapatan lain pula menunjukkan kesukaran-kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh kalangan orang India terutama dalam menghadapi ancaman pelbagai jenis penyakit berjangkit. Malahan tekanan mental yang besar juga menyebabkan ada di antara mereka yang mengambil keputusan membunuh diri. Kata Kunci: Sejarah Selangor; Masyarakat India; Ekonomi; Pendidikan; Kesihatan

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Sosioekonomi; Masyarakat India; Selangor; Ladang getah; Buruh ladang
      Subjects: D History General and Old World > D History (General)
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 21 Mar 2025 00:25
      Last Modified: 21 Mar 2025 00:25
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15622

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item