Shalini , Rajamogun (2022) Penanda metadiscourse dalam artikel berita COVID-19 dalam akhbar Malaysia Nanban / Shalini Rajamogun. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (215Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A.) Download (1026Kb) |
Abstract
Penanda metadiscourse merupakan aspek yang sangat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu teks dengan efektif. Teks yang dihasilkan tanpa penanda metadiscourse tidak akan menarik perhatian pembaca kerana pembaca tidak dapat mengikuti kesinambungan teks itu (Nugrahani & Bram, 2020). Sehubungan dengan hal itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penanda metadiscourse yang terdapat dalam artikel berita COVID-19 yang tersiar dalam surat khabar Malaysia Nanban. Model metadiscourse yang diperkenalkan oleh Hyland (2005) telah digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti penanda metadiscourse. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk deskriptif. Sebanyak 103 artikel berita COVID-19 yang tersiar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 dalam surat khabar Malaysia Nanban mengenai negara Malaysia merupakan sumber data bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penanda metadiscourse interaktif (93.1%) digunakan dalam jumlah yang banyak berbanding dengan penanda metadiscourse inteaksional (6.9%) dalam artikel berita COVID-19. Diharapkan kajian ini memberi penjelasan mengenai penanda metadiscourse kepada penulis surat khabar Tamil semasa menulis artikel berita tentang isu semasa seperti pandemik COVID-19.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2022. |
Uncontrolled Keywords: | Analisis wacana; Penanda metadiscourse; Media massa; Malaysia Nanban; COVID-19 |
Subjects: | N Fine Arts > NE Print media P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 30 Apr 2025 06:24 |
Last Modified: | 30 Apr 2025 06:24 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15627 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |