Zuraini , Mat Yusoff (2019) Perancangan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah / Zuraini Mat Yusoff. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (237Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A) Download (1281Kb) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perancangan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Kajian ini berpandukan kepda Model Berkaitan Dengan Pengajaran Danielson (2007). Fokus kajian adalah kepada aspek perancangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu dari aspek kandungan pelajaran, objektif pelajaran, peruntukan waktu pengajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sumber pengajaran, kemudahan dan peralatan serta hasil pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik ke atas 191 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di bawah pengawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana. Data soal selidik ini dianalisis secara deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat perancangan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah manakala inferensi, iaitu U Mann-Whitney pula digunakan untuk melihat perbezaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan latar belakang sosial. Responden dalam kajian ini juga menyatakan penambahbaikan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan teliti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai perancangan yang rapi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada nilai min yang tinggi bagi setiap aspek perancangan, iaitu kandungan pelajaran (4.3); objektif pelajaran (4.24); peruntukan waktu pengajaran (4.27); strategi pengajaran dan pembelajaran (4.14); bahan dan sumber pengajaran (4.12); kemudahan dan peralatan (3.65); dan hasil pembelajaran (4.11). Ujian U Mann-Whitney pula melihat perbezaan pelaksanaan pengajaran berdasarkan latar belakang sosial. Ujian U Mann-Whitney menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang siginifikan dengan nilai p=.138 >0.05 bagi jantina; p=.272 >0.05 bagi umur; p=.790>0.05 bagi kelulusan akademik. Namun begitu, Ujian U Mann-Whitney menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dengan nilai p=.015<0.05 bagi tahun perkhidmatan guru yang berkhidmat kurang dari 10 tahun dengan guru yang berkhidmat lebih dari 10 tahun. Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan perancangan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah sangat teratur dan rapi untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | KOMSAS; Bahasa Melayu; Pengajaran dan pembelajaran; Guru; Model Pengajaran Danielson (2007) |
Subjects: | L Education > L Education (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Sep 2025 02:48 |
Last Modified: | 08 Sep 2025 02:48 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15730 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |