Implementasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi guru pendidikan moral di sebuah sekolah menengah Pulau Pinang / Gan Chee Meng

Gan , Chee Meng (2019) Implementasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi guru pendidikan moral di sebuah sekolah menengah Pulau Pinang / Gan Chee Meng. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (177Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1344Kb)

      Abstract

      Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan arus pemodenan dunia. Salah satu fokus dalam pelan ini adalah melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) agar mampu bersaing di peringkat lokal dan global. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil banyak usaha untuk membudayakan KBAT di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka implementasi KBAT oleh guru Pendidikan Moral di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Kajian ini berasaskan Teori Perkembangan Kognitif, Teori Pembelajaran Konstruktivis, Teori Disposisi Pemikiran dan Taksonomi Bloom Semakan Anderson. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Teknik pengutipan data melibatkan pemerhatian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah, temubual serta analisis dokumen. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru Pendidikan Moral; iaitu dua guru novis dan seorang guru berpengalaman. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tiga orang guru Pendidikan Moral mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi tentang KBAT. Mereka juga mempunyai disposisi pemikiran yang positif dalam amalan KBAT. Berpandukan hasil dapatan, penyelidik mencadangkan agar satu Modul Latihan KBAT Khas untuk Guru Pendidikan Moral dihasilkan. Selain itu, KBAT harus diterapkan dalam Google Classroom dan Bank Sumber KBAT dibangunkan dalam Portal 1Bestari Net.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: KBAT; Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM); Teori perkembangan kognitif; Teori pembelajaran konstruktivis; Google classroom
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 09 Sep 2025 02:50
      Last Modified: 09 Sep 2025 02:50
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15788

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item