Aisyah Muhamad , Talmizi (2024) Elemen landskap perkhidmatan dalam pemilihan restoran halal Korea: Kajian dalam kalangan belia Muslim di Lembah Klang / Aisyah Muhamad Talmizi. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (248Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A) Download (2605Kb) |
Abstract
Landskap perkhidmatan memainkan peranan penting bagi menjaga imej restoran serta menarik perhatian pengunjung untuk mengunjungi sesebuah restoran, sama ada berdasarkan landskap perkhidmatan fizikal ataupun landskap perkhidmatan sosial. Restoran halal Korea yang menekankan kedua-dua dimensi ini akan berjaya menarik perhatian para pengunjung. Namun, kecenderungan sesetengah restoran halal Korea untuk meletakkan papan tanda “no pork” dan “no alcohol”, menempatkan pekerja bertudung di barisan hadapan serta menonjolkan kebersihan restoran dilihat boleh mengelirukan pengunjung Muslim perihal status kehalalan restoran tersebut. Maka, kajian ini dijalankan bagi merungkai isu ini dengan menetapkan tiga objektif kajian. Pertama, meneliti konsep landskap perkhidmatan dalam konteks pemilihan restoran halal Korea. Kedua, menganalisis elemen landskap perkhidmatan fizikal terhadap pemilihan restoran halal Korea dalam kalangan belia Muslim di Lembah Klang. Ketiga, menganalisis elemen landskap perkhidmatan sosial terhadap pemilihan restoran halal Korea dalam kalangan belia Muslim di Lembah Klang. Bagi mencapai objektif pertama, kajian perpustakaan telah dijalankan. Hasil penelitian literatur menemukan bahawa landskap perkhidmatan terdiri daripada landskap perkhidmatan fizikal dan landskap perkhidmatan sosial. Terdapat empat elemen bagi landskap perkhidmatan fizikal, iaitu ambien, susun atur dan perhiasan, kemudahan serta papan tanda dan simbol, manakala terdapat dua elemen bagi landskap perkhidmatan sosial iaitu penampilan pekerja dan pelanggan lain serta jumlah pelanggan (kesesakan sosial). Bagi mencapai objektif kajian yang kedua dan ketiga, kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan telah dilaksanakan. Hasil analisis soal selidik terhadap 384 responden kajian yang terdiri daripada belia Muslim di Lembah Klang menemukan beberapa dapatan utama. Dari segi landskap perkhidmatan fizikal, dapatan menunjukkan bahawa elemen papan tanda dan simbol sangat diambil kira oleh belia Muslim dalam pemilihan restoran halal Korea dengan nilai purata min 3.08. Di bawah elemen ini, logo halal JAKIM merupakan item terpenting (nilai min 3.33). Dari segi landskap perkhidmatan sosial pula, jumlah pelanggan (kesesakan sosial) mencatat nilai purata min tertinggi (3.06). Jumlah pengunjung Muslim yang ramai dilihat dapat menarik belia Muslim untuk berkunjung ke restoran halal Korea. Dapatan kajian ini memberi input kepada pihak restoran halal Korea agar terus mengekalkan logo halal yang dimiliki kerana ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi belia Muslim pula, mereka perlu mengutamakan logo halal JAKIM berbanding landskap perkhidmatan yang lain dalam memilih restoran yang terjamin halal. Selain itu, pihak JAKIM perlu memainkan peranan bagi mempromosikan sijil halal serta mempergiatkan lagi pemantauan agar pihak restoran tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan landskap perkhidmatan yang menggambarkan status halal untuk mengaburi mata pengunjung Muslim khususnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024. |
Uncontrolled Keywords: | Elemen; Landskap perkhidmatan; JAKIM; Restoran halal Korea; Belia Muslim |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 17 Sep 2025 07:29 |
Last Modified: | 17 Sep 2025 07:29 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15815 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |