Analisis terhadap resolusi syariah dalam kewangan Islam oleh majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia berkaitan kad kredit / Aisyah Nasyeethah Azhari

Aisyah Nasyeethah , Azhari (2024) Analisis terhadap resolusi syariah dalam kewangan Islam oleh majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia berkaitan kad kredit / Aisyah Nasyeethah Azhari. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (228Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (908Kb)

      Abstract

      Kad kredit ialah sekeping kad mewakili akaun pembiayaan pengguna dan digunakan sebagai metod pembayaran barang dan perkhidmatan serta membuat bayaran kemudian di bawah kontrak perjanjian. Di Malaysia, pada tahun 2023, terdapat lebih kurang 10.1 juta pengguna kad kredit. Oleh kerana kad kredit konvensional mengandungi ribā, institusi-insitusi kewangan Islam telah menghasilkan kad kredit Islam untuk menjadi alternatif kepada masyarakat Islam mengikut panduan dan kayu ukur dari Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM). Hal ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana MPS membuat ijtihad dan keputusan untuk setiap isu yang berkaitan dengan kad kredit. Untuk menyelesaikan masalah ini, konsep berijtihad dalam kontrak syariah yang menghasilkan kad kredit perlu dikenalpasti. Kontrak-kontrak syariah yang menimbulkan isu dan kontroversi di dalam Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam MPS BNM juga perlu dibincangkan. Antara isu-isu yang terdapat di dalam resolusi ini adalah penggunaan bay’ al-‘īnah dan al-wadī ‘ah, kontrak ujrah, penggunaan takaful di dalam kad kredit, isu pemberian tunai semula (cashback) dan kontrak al-wakālah dan al-kafālāh dalam kad kredit. Proses dan langkah-langkah MPS membuat ijtihad dan keputusan syariah juga perlu dianalisis dengan cara membuat kajian kepustakaan dan lapangan, khususnya temu ramah ahli MPS. Antara kaedah yang yang digunakan oleh ahli MPS adalah ijtihad kolektif dan maqāṣid al-sharī‘ah dalam menetapkan keputusan. Hal ini menunjukkan bahawa kedua-duanya merupakan komponen penting dalam proses terhasilnya kad kredit Islam.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Kad kredit; Al-wakālah; MPS BNM; Kewangan Islam; Ribā
      Subjects: H Social Sciences > HG Finance
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 14 Aug 2025 07:44
      Last Modified: 14 Aug 2025 07:44
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15845

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item