Shah, Darwyan (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi guru pendidikan agama Islam pada sekolah dasar negeri Kota Depok Provinsi Jawa Barat / Darwyan Syah. PhD thesis, University of Malaya.
| PDF (Cover Page) - Submitted Version Download (14Kb) | Preview | |
| PDF (Abstract; Table of Contents; List of Tables & Figures) - Submitted Version Download (66Kb) | Preview | |
| PDF (Chapter 1 / Bab 1) - Submitted Version Download (125Kb) | Preview | |
| PDF (Chapter 2 / Bab II) - Submitted Version Download (333Kb) | Preview | |
| PDF (Chapter 3 / Bab III) - Submitted Version Download (393Kb) | Preview | |
| PDF (Chapter 4 / Bab IV) - Submitted Version Download (682Kb) | Preview | |
| PDF (Chapter 5 / Bab V) - Submitted Version Download (158Kb) | Preview | |
| PDF (Bibliographies) - Submitted Version Download (75Kb) | Preview |
Abstract
Prestasi guru adalah keupayaan guru dalam perancangan pengajaran, penyampaian, kepelbagaian kaedah pengajaran, memenuhi keperluan yang berbeza, penilaian dan pelaporan. Prestasi guru dipengaruhi oleh faktor organisasi dan individu. Faktor individu berhubung erat dengan disiplin, motivasi dan kepuasan kerja. Faktor organisasi berhubung erat dengan gaya kepimpinan, pengurusan konflik, dan suasana kerja. Kajian ini memberi fokus kepada prestasi guru yang dipengaruhi faktor dalaman dan faktor luaran. Tujuan utama kajian ini adalah: (1) Mengetahui tahap prestasi guru, disiplin, motivasi, kepuasan kerja, pengurusan konflik dan gaya kepimpinan guru besar; (2) menganalisis apakah model prestasi guru yang dicadangkan pengkaji fit dan sepadan dengan data kajian; (3) Mengenal pasti perkaitan antara faktor dalaman (disiplin, motivasi dan kepuasan kerja) dan faktor luaran (gaya kepimpinan, pengurusan konflik, dan suasana kerja) dengan prestasi guru berdasarkan model yang dibentuk. Kerangka teoritikal kajian prestasi guru berdasarkan teori yang dikemukan Husanker (2005), Husaini Usman (2008) bahwa prestasi = bakat X latihan X sumber X keinginan X komitmen; model pendekatan disiplin aturan tungku panas (hot stove rule), tindakan disiplin progresif, dan tindakan disiplin positif (Veithzal Riva’i: 2005); teori motivasi berprestasi McClelland iaitu keperluan untuk berkuasa, keperluan untuk bersekutu, dan keperluan untuk berprestasi (Frank :1986); teori kepuasan kerja dua faktor penyebab kepuasan dan faktor penyebab ketidakpuasan (dissatisfiers); teori persekitaran suasan kerja Taiguri yang mendasarkan 4 ukuran, yakni: (1) ekologi, (2) miliu, (3) sistem sosial, (4) budaya (Robert G. Owens. 1991); Path Goal Theory empat gaya kepimpinan: (1) mengarahkan atau otoritis, (2) bersifat ramah terhadap bawahan, (3) berpertispasi, (4) berorientasi pada tugas (Viethzal Riva’i: 2003). Kaedah kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dengan pendekatan kuantitatif. Variabel peneltian ini adalah prestasi guru, disiplin kerja motivasi kerja, kepuasan kerja guru, suasana kerja, pengurusan konflik, dan gaya kepimpinan guru besar. Sampel penelitian 265 orang guru. Analisis data menggunakan teknik deskriptif min dan sisihan piawai, structural equation modeling untuk menguji model yang telah dicadangkan pengakji. Satu model telah dibentuk oleh pengakji untuk menjelaskan perkaitan antara pemboleh ubah yang dikaji. Kemudian model ini diuji dengan menggunakan teknik structural equation modelling untuk menentukan sama ada model tersebut bersepadanan (fit) dengan data. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik melalui kaedah penyelidikan tinjaun (survey) dan kemudian dianalisis menggunakan pakej statitistik SPSS Version dan persisian AMOS. Hasil penelitian deskriptif menunjukkan tingkat prestasi guru disiplin kerja, motivasi kerja, kepuasan kerja, pengurusan konflik, suasana kerja, dan tingkat gaya kepimpinan guru besar tinggi dan memuaskan. Hasil analisis SEM menunjukkan model cadangan yang diajukan pengkaji iaitu kepuasan kerja, motivasi kerja dan pengurusan konflik secara langsung menjadi peramal prestasi guru; sedangkan gaya kepimpinan guru besar melalui pengurusan konflik, kepuasan kerja melalui pengurusan konflik, kepuasan kerja melalui motivasi menjadi peramal prestasi guru; dan disiplin kerja secara langsung dan melalui motivasi menjadi peramal prestasi guru tidak fit dan sepadan dengan data kajian sehingga diadakan ubahsuai terhadap model cadangan. Hasil pengujian SEM model ubahsuai gaya kepimpinan melalui pengurusan konflik dan melalui motivasi kerja menjadi peramal prestasi guru, kepuasan kerja secara langsung maupun tidak langsung melalui motivasi dan pengurusan konflik menjadi peramal prestasi guru; disiplin kerja secara langsung maupun tidak langsung melalui pengurusan konflik menjadi peramal prestasi guru; suasana kerja menjadi peramal prestsi guru; motivasi kerja secara langsung menjadi peramal prestasi guru; pengurusan konflik secara langsung maupun tidak langsung melalui motivasi kerja guru menjadi peramal prestasi guru fit dan sepadan dengan data kajian. Implikasi dari kajian ini adalah upaya meningkatkan prestasi guru pendidikan agama Islam dengan cara meningkatakan kepuasan guru melalui pemenuhan harapan-haapan guru seperti gaji yang mencukupi, adanya jaminan tunjangan pension, tunjangan jawatan, pekerjaan yang menantang, mendapatkan fasiliti kendaraan dan rumah jawatan, mendapatkan pelayanan kesihatan, jaminan pendidikan; meingkatkan upaya pengurusan konflik, guru besar menekankan gaya kepimpinan demokratik, tidak sewenang-wenang, bertindak sebagai pemimpin dan manajer serta mampu memediasi dan menyelesaikan konflik.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis submitted to the Faculty of Education, University of Malaya in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy |
Uncontrolled Keywords: | Prestasi Guru; Pendidikan Agama Islam; Sekolah; Kota Depok; Jawa Barat; Teacher effectiveness in Indonesia; Teachers' Attitudes; Elementary school teachers' Job satisfaction; Islamic religious education; Job evaluation; Education; Classroom management |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Ms. Asma Nadia Zanol Rashid |
Date Deposited: | 09 May 2013 17:51 |
Last Modified: | 10 Jul 2013 15:43 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/3534 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |