Wanita dan pekerjaan: satu kajian kes di kalangan kerani wanita dalam sektor kerajaan di Kota Bharu, Kelantan / Tuan Nor Hashimah bt Tuan Ludin

Tuan Nor Hashimah, Tuan Ludin (1982) Wanita dan pekerjaan: satu kajian kes di kalangan kerani wanita dalam sektor kerajaan di Kota Bharu, Kelantan / Tuan Nor Hashimah bt Tuan Ludin. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (22Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ini adalah satu kajian mengenai kesan penglibatan wanita secara langsung dalam bidang pekerjaan di luar rumahtangga ke atas intitusi kekeluargaan. Latihan ilmiah ini yang berjudul "Wanita dan Pekerjaan". Satu kajian kes di kalangan kerani wanita dalam sektor Kerajaan di Kota Bharu, adalah terbahagi kepada 5 bab. Dalam bab 1, pengkaji akan menghuraikan tujuan kajian ini dilakukan, bidang yang dirangkuminya, method yang digunakan dan amsalah-masalah yang dihidapi semasa menjalankan kajian ilmiah ini. Dalam bab pula 11, diutarakan beberapa konsep dan teori mengenai konsep peranan wanita, huraian mengenai peranan tersebut, konsep sikap wanita dan huraian mengenainya. Kemudian dilihat juga tentang hubungan wanita dengan pekerjaan itu yang mana dikaitkan antara peranan di masa tradisi dan peranan sekarang. Bab 111 terbahagi kepada 3 bahagian. Bab 111A membincangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang keluarga responden dan responden meliputi biodata keluarga responden, saiz keluarga. Sementara latar belakang responden pula meliputi umur, pencapaian pendidikan dan sebab-sebab berhenti sekolah. Bab 111B pula menumpukan kepada wanita dan pekerjaan. Dalam bahagian ini apa yang ditinjau ialah sebab-sebab wanita keluar bekerja, kemahiran dan pengalaman sebelum bekerja dan tidak ketinggalan tentang sikap suami terhadap isteri mereka yang bekerja, Dalam bab 111C membincangkan tentang implikasi penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan luar rumah ke atas aspek-aspek lain seperti saiz famili, sosialisasi anak-anak serta faktor-faktor yang mempengaruhi saiz famili masa kini. Bab 1V juga terbahagi kepada 2 bahagian . Bab 1VA adalah tentang keadaan ekonomi repsonden yang meliputi pendapatan, bentuk-bentuk perbelanjaan harian dan simpanan yang dibuat oleh responden. Bab 1VB pula adalah tentang keadaan sosial responden. Dalam bab ini ia menumpu kepada hubungan sosial sesama pekerja, hubungan sosial dengan pihak pegawai, hubungan sosial dengan keluarga, tatatertib, peluang-peluang membaiki pekerjaan, cara - cara menghabiskan masa lapang dan kemudahan yang diterima oleh responden semasa dan selepas bekerja. Akhir sekali, bab V meninjau kembali kesan baik dan buruk yang timbul dari penduaan peranan wanita ini serta hubung kait antara sebab utama mereka keluar bekerja dengan ganjaran yang mereka perolehi.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: Latihan ilimah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk Ijazah Sarjana Musa Sastera
    Uncontrolled Keywords: Women; Employment; Clerks; Civil service; Officials and employees; Kelantan
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Faizal Hamzah
    Date Deposited: 15 Aug 2013 11:29
    Last Modified: 15 Aug 2013 11:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4048

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item