Analisis al-Mizan al-sarfiy dalam pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq Bahasa Arab / Muhammad bin Idris

Idris, Muhammad (2014) Analisis al-Mizan al-sarfiy dalam pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq Bahasa Arab / Muhammad bin Idris. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (90Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (950Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (900Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (629Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1886Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (1846Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (1680Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (1399Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (1748Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (542Kb) | Preview

                      Abstract

                      Kajian ini dilakukan bertujuan menerangkan ciri-ciri al-Mizan al-sarfiy dalam proses pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq bahasa Arab , dan mengenalpasti bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan yang wujud antara wazan ’aÎliy dan kata al-mawzËn serta menganalisis faktor-faktor perubahan morfologi yang berlaku pada struktur kata kerja dan kata nama mushtaq . Oleh itu, Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian perpustakaan. Melalui metode ini semua data yang dirujuk dan dikumpulkan berasal dari bahan perpustakaan dan diperolehi dari sumber primer dan sumber sekunder yang berkaitan. Kajian ini mengandungi tujuh bab dan skop kajian adalah tertumpu kepada bentuk-bentuk wazan kata kerja dan kata nama mushtaq serta proses pembentukannya. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa al-Mizan al-sarfiy merupakan kayu pengukur kepada kesahihan suatu kata dan menjadi mekanisma penting dalam proses pembentukan kata bahasa Arab. Hasil kajian juga membuktikan bahawa sebahagian besar kata kerja dalam bahasa Arab dibentuk melalui kaedah qiyÉs kecuali kata kerja thulÉthiy mujarrad yang dibentuk melalui kaedah samÉ‘iy. Oleh itu, mengaplikasikan al-Mizan al-sarfiy ke atas kata kerja dalam kategori thulÉthiy mujarrad adalah amat sukar dan rumit berbanding kata kerja dalam kategori rubÉ‘iy mujarrad , thulÉthiy mazÊd dan rubÉ‘iy mazÊd. Hasil kajian juga mendapati bahawa bahawa semua subgolongan kata kerja didasarkan kepada bentuk kala lepasnya dan boleh menerima pelbagai variasi pada bentuk dan struktur katanya menyebabkan berlaku perbezaan antara wazan ’aÎliy dan al-mawzËn kata kerja mengikut aras perubahan morfologi. Perbezaan amat ketara pada kata kerja yang susunan hurufnya terdiri daripada huruf ‘illah ( semi vokal ) berbanding huruf ÎaÍÊÍ ( konsonan ). Justeru , kajian ini mencadangkan satu pendekatan alternatif bagi proses pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq seperti menjadikan rumusan-rumusan wazan terakhir sebagai rujukan langsung kepada pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq tanpa melihat kepada aspek perubahan morfologi dan fonologi yang berlaku . Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada bidang morfologi bahasa Arab khususnya aspek pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq . Seterusnya diharap dapat menonjolkan al-Mizan al-sarfiy sebagai mekanisma penting dalam kajian pembentukan kata bahasa Arab.

                      Item Type: Thesis (PhD)
                      Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2014
                      Uncontrolled Keywords: Arabic language--Grammar; Arabic language--Morphology
                      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
                      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 14 Oct 2014 11:59
                      Last Modified: 14 Oct 2014 11:59
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4416

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item