Tipologi interaksi antara agama dan sains: satu penilaian dan cadangan menurut perspektif islami / Sh. Mohd Saifuddeen Sh. Mohd Salleh

Sh. Mohd Salleh, Sh. Mohd Saifuddeen (2012) Tipologi interaksi antara agama dan sains: satu penilaian dan cadangan menurut perspektif islami / Sh. Mohd Saifuddeen Sh. Mohd Salleh. PhD thesis, University Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1325Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini melihat kepada tipologi interaksi agama dengan sains. Fokus kajian ialah kepada lapan tipologi interaksi antara agama dan sains yang dikemukakan oleh pemikir bidang agama dan sains iaitu Ian Barbour, Immanuel Kant, John Haught, Ted Peters, Margaret Osler, Wentzel van Huyysten, Stephen Jay Gould dan Stephen Snobelen. Tipologi-tipologi ini dianalisis dan dinilai dengan melihat kesesuaiannya kepada pendekatan-pendekatan yang dibawa oleh pemikir-pemikir Islam bagi mencadangkan tipologi terbaik bagi saintis dan ahli agama bekerjasama dan berinteraksi dalam menangani isu-isu yang timbul hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Kajian ini mendapati: (i) Agama mempunyai pengaruh ke atas perkembangan sains sepanjang sejarah manusia yang membawa kepada interaksi yang boleh digambarkan menggunakan model-model interaksi antara agama dan sains; (ii) Tipologi interaksi yang dicadangkan oleh Ian Barbour iaitu model konflik, model pengasingan, model dialog dan model integrasi ialah tipologi yang paling asas yang sesuai digunakan bagi membincangkan interaksi antara agama dan sains; (iii) Model interaksi antara agama Islam dan sains yang wujud sekarang paling sesuai digambarkan oleh model pengasingan, manakala model interaksi yang unggul bagi Islam dan sains ialah model integrasi; (iv) Model terbaik bagi saintis dan ahli agama bekerjasama dan berinteraksi dalam menangani isu-isu yang timbul hasil perkembangan sains dan teknologi ialah model dialog; dan, (v) Golongan agamawan Islam dapat memainkan peranan membina dalam penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi melalui dialog berterusan dengan ahli sains.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty of Science, University Malaya, 2012.
    Uncontrolled Keywords: Sciences; Islamic
    Subjects: Q Science > Q Science (General)
    Divisions: Faculty of Science
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Oct 2014 11:26
    Last Modified: 09 Oct 2014 11:26
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4445

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item