Pembangunan model Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli / Mohd Nazri bin Abdul Rahman

Abdul Rahman, Mohd Nazri (2014) Pembangunan model Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli / Mohd Nazri bin Abdul Rahman. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (5Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat bagi kanak-kanak Orang Asli. Pembinaan model ini menterjemahkan bagaimana aktiviti pembelajaran Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat Orang Asli boleh digunakan dalam menyokong pendidikan pembelajaran bagi kanak-kanak Orang Asli sebagai satu bentuk pendidikan alternatif yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research Approach) yang di pelopori oleh Richey dan Klien (2007) untuk membangunkan model. Berdasarkan bentuk kajian ini, terdapat tiga langkah yang perlu diikuti untuk pembangunan model. Fasa pertama, melibatkan analisis keperluan yang menggunakan borang soal selidik yang telah di jalankan ke atas 120 orang ibu bapa Orang Asli dan guru Orang Asli (termasuk guru yang mengajar kanak-kanak Orang Asli) untuk mendapatkan maklum balas tentang keperluan bagi menerapkan nilai murni dan amalan masyarakat Orang Asli melalui pendidikan Homeschooling dan seterusnya membangunkan model yang bersesuaian bagi kanak-kanak Orang Asli. Data yang diperoleh dianalisis melalui statistik deskriptif dan discrepancy analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the social science (SPSS) version 20.0. Interpretasi analisis keperluan adalah berdasarkan nilai min dan sisihan piawai, korelasi dan regresi. Fasa kedua merangkumi penggunaan kaedah Interpretive Structural Modeling(ISM) yang melibatkan pandangan 45 orang pakar pelbagai bidang berkaitan pendidikan kanak-kanak orang Asli bagi membina model Homeschooling tersebut. Interpretasi data adalah berdasarkan model yang dijana oleh perisian ISM dan juga melalui klasifikasi dan jaringan hubungan antara elemen (aktiviti pembelajaran) yang terdapat dalam model Homeschooling yang telah dibangunkan. Fasa terakhir kajian meliputi 48 orang panel pakar pelbagai bidang berkaitan pendidikan kanak-kanak Orang Asli yang terlibat dalam penilaian model Homeschooling tersebut menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang diubahsuai. Penilaian tersebut berdasarkan respons pakar terhadap soal selidik yang terdiri dari 5 skala likert linguistik. Nilai threshold ‘d’ dihitung untuk menentu sahkan konsesus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Manakala nilai defuzzification, (Amax) pula digunakan untuk menentu sahkan persetujuan atau keputusan pakar-pakar. Nilai threshold mesti melebihi 75% untuk menentu sahkan pencapaian persetujuan bersama ahli pakar sementara nilai defuzzyfication mesti mencapai nilai minima 0.60. Pakar yang dipilih ini akan menilai model yang dihasilkan dan seterusnya mengubahsuai jika perlu atau mempersetujuinya bersama kebolehgunaan dalam konteks pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Kajian ini menyerlahkan keperluan untuk pembangunan model Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat Orang Asli bagi kanak-kanak Orang Asli. Dapatan keseluruhan fasa pertama menunjukkan persepsi ibu bapa Orang Asli dan Guru Orang Asli (termasuk guru yang mengajar kanak-kanak Orang Asli) terhadap isu semasa persekolahan arus perdana terutamanya kesesuaian persekolahan arus perdana dengan kanak-kanak Orang Asli tidak dapat memenuhi keperluan khas pendidikan kanak-kanak Orang Asli pada masa kini (Min = 2.20, SP = 0.84). Dapatan kajian juga mendapati secara keseluruhannya responden kajian ‘sangat tidak bersetuju’ dengan nilai murni yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan pada masa kini (Min = 1.90, SP= 0.83) dan ‘bersetuju’ pada masa hadapan, nilai murni dalam kurikulum kebangsaan perlu dapat memenuhi keperluan khas kanak-kanak Orang Asli dan aspirasi masyarakat Orang Asli (Min = 4.10, SP = 0.81). Ini merumuskan bahawa wujud keperluan untuk membangunkan model homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat Orang Asli yang memberi autoriti kepada ibu bapa untuk menerapkan nilai murni, tradisi serta kepercayaan kepada anak-anak. Maka kajian untuk pembangunan model Homeschooling adalah diperlukan. Dapatan fasa kedua menghasilkan pembinaan model yang terdiri dari 32 aktiviti pembelajaran Homeschooling hasil konsensus bersama panel pakar yang terdiri daripada 45 orang pakar pelbagai bidang berkaitan pendidikan kanak-kanak Orang Asli. Panel pakar juga mencapai kesepakatan bahawa aktiviti-aktiviti dalam model Homeschooling diklasifikasikan kepada empat kluster aktiviti bagi memudahkan pentafsiran peranan aktiviti pembelajaran tersebut. Dapatan dari fasa ketiga kajian ini menunjukkan bahawa panel pakar mencapai konsensus persetujuan bersama (d = 95.40%) dalam segi kesesuaian elemen dalam model homeschooling (Amax = 0.718), Klasifikasi elemen dalam model Homeschooling mengikut domain q-rohani (Amax = 0.626), Elemen pembelajaran Homeschooling mengikut kluster pelaksanaan model Homeschooling (Amax = 0.717), Hubungan setiap elemen pembelajaran Homeschooling dalam model Homeschooling (Amax = 0.721) dan kebolehgunaan model Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat Orang Asli (Amax = 0.747) di mana semua nilai-nilai melebihi nilai minima iaitu 0.60. Model ini mengusulkan bagaimana aktiviti pembelajaran Homeschooling berasaskan nilai dan amalan masyarakat Orang asli boleh dilaksanakan sebagai satu bentuk pendidikan alternatif kepada kanak-kanak orang Asli dalam memenuhi keperluan khas pendidikan kanak-kanak Orang Asli.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Pembangunan model; Homeschooling; Kanak-kanak; Orang Asli
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Mar 2015 11:21
    Last Modified: 11 Mar 2015 11:21
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4716

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item