Pembangunan dan penilaian telmova untuk pendidikan seni visual tingkatan empat / Rosidah Binti Hamid

Hamid, Rosidah (2014) Pembangunan dan penilaian telmova untuk pendidikan seni visual tingkatan empat / Rosidah Binti Hamid. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk Membangun dan Menilai TeLMOVA untuk Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Justeru itu kajian ini akan mengaplikasikan Reka bentuk Sistem Instruksi menggunakan model Dick & Carey sebagai landasan utama. Kajian ini terdiri dari tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan dan Pembangunan TeLMOVA, Fasa Penilaian Formatif dan Fasa penilaian Sumatif. Fasa Penghasilan TeLMOVA akan mengikuti langkah pertama hingga ke tujuh dari model Dick & Carey. Manakala Fasa Penilaian Formatif merupakan program penilaian TeLMOVA oleh pakar menggunakan pendekatan Delphi Teknik. Fasa Penilaian Sumatif pula merupakan satu kajian keberkesanan penggunaan TeLMOVA terhadap sikap, kefahaman murid terhadap TeLMOVA. Seramai tujuh puluh tiga orang guru Sekolah Menengah daerah Petaling Selangor telah dipilih untuk menjawab soal selidik peringkat Analisis Keperluan TeLMOVA. Manakala Seramai 16 murid dari sekolah menengah di sekitar Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan empat puluh enam orang guru dari empat puluh buah sekolah menengah di sekitar Wilayah persekutuan Kuala Lumpur terlibat Peringkat Pembangunan TeLMOVA. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpul data kajian. Keberkesanan Pembangunan dan Penilai TeLMOVA dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sikap, ujian kefahaman untuk mengesan persepsi serta pandangan guru dan murid terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sebelum dan selepas penggunaan VCD TeLMOVA. Analisis kuantitatif menggunakan ANOVA memperlihatkan bahawa murid vii yang mengikuti pengajaran menggunakan TeLMOVA memperoleh pencapaian yang lebih signifikan tingginya dalam skor soal selidik sikap dan ujian kefahaman. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan TeLMOVA dapat meningkatkan minat, keseronokan dan kefahaman pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual. Kajian ini juga mendapati bahawa pengajaran menggunakan TeLMOVA dapat meningkatkan sikap dan kefahaman murid terhadap Pendidikan Seni Visual di samping merubah tanggapan guru dan pelajar terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ke arah lebih positif.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) – Faculty of Education, University of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Pembangunan dan penilaian telmova.
    Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
    N Fine Arts > NX Arts in general
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Feb 2015 15:30
    Last Modified: 10 Feb 2015 15:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4726

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item