Jenayah pemalsuan kad kredit di Malaysia / Mohd. Zaid bin Hassan

Mohd. Zaid, Hassan (2011) Jenayah pemalsuan kad kredit di Malaysia / Mohd. Zaid bin Hassan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2089Kb) | Preview

    Abstract

    Kad kredit telah menjadi salah satu instrumen pembayaran yang penting bagi sektor perniagaan di Malaysia. Bagi penjenayah, peningkatan penggunaan kad kredit merupakan peluang untuk mengaut keuntungan yang mudah. Dengan memahami bagaimana jenayah ini terlaksana membolehkan pihak berkuasa merangka tindak balas dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Kajian sebegini penting kerana dapatannya nanti dapat dinyatakan sebagai panduan kognitif dan digunakan dalam menangani jenayah pemalsuan kad kredit. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan bagi mendapat maklumat secara langsung, temuduga dan pengesahan telah dibuat dengan pihak PDRM. Beberapa kes terpilih yang pernah dikendalikan oleh PDRM juga diambil untuk dibuat analisa bagi melihat kelemahan-kelemahan yang wujud. Aktiviti jenayah pemalsuan kad kredit kini menular merentasi sempadan negara. Malaysia yang telah migrasi kepada standard EMV sepenuhnya pada tahun 2005 terbukti berjaya mengurangkan kes-kes pemalsuan kad kredit di pasaran domestik tetapi ketidakseragaman pelaksanaan migrasi di seluruh dunia membantutkan usaha membasmi kegiatan jenayah ini secara menyeluruh. Penjenayah akan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi sistem yang ada. Corak jenayah berubah mengikut perkembangan teknologi. Usaha pencegahan yang bersungguh-sungguh oleh semua pemain industri sangat penting disamping sokongan dari pihak kerajaan sebagai pengawal dengan mewujudkan undang-undang yang khusus bagi kesalahan berkaitan kad kredit

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A) - Faculti of Law, University of Malaya, 2011-2012.
    Uncontrolled Keywords: Jenayah pemalsuan kad kredit
    Subjects: K Law > K Law (General)
    Divisions: Faculty of Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 05 Apr 2015 09:51
    Last Modified: 05 Apr 2015 09:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4994

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item