Keberkesanan pendidikan akhlak di Sekolah Menengah Kebangsaan di Seremban Negeri Sembilan / Jamilah Mohd Noor

Jamilah, Mohd Noor (2014) Keberkesanan pendidikan akhlak di Sekolah Menengah Kebangsaan di Seremban Negeri Sembilan / Jamilah Mohd Noor. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF
Download (129Kb)
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (179Kb) | Preview
      [img] PDF
      Download (111Kb)
        [img] PDF
        Download (139Kb)
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (3457Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (Full Text)
            Download (3607Kb) | Preview

              Abstract

              Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang berikut iaitu (i) pengetahuan para pelajar yang berkaitan dengan akhlak sebagai salah satu mata pelajaran dalam Pendidikan Islam yang diajar di sekolah (ii)Sikap para pelajar terhadap pelajaran akhlak yang telah dipelajari (iii)Amalan akhlak pelajar dalam membentuk peribadi. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah di Daerah Seremban Negeri Sembilan, iaitu tiga buah sekolah bandar dan tiga buah sekolah luar bandar. Jumlah bilangan responden kajian ini ialah seramai 360 orang yang terdiri daripada 165(45.8%) orang pelajar lelaki dan 195 (54.2%) orang pelajar perempuan. Tumpuan utama kajian adalah pelajar di Tingkatan 1, 2 dan 3. Instrumen utama kajian menggunakan soal selidik di samping kaedah temu bual dan pemerhatian. Instrumen soal selidik mengandungi dua bahagian, Bahagian A : Demografi, bahagian B dan C : mengandungi 62 soalan tentang konstruk Pengetahuan tentang Akhlak, sikap terhadap akhlak dan amalan akhlak pelajar.Kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar dalam memahami akhlak adalah tinggi begitu dengan sikap terhadap akhlak, namun agak rendah untuk tahap amalan akhlak di kalangan mereka. Sebagai kesimpulan, kebanyakan murid memahami bidang akhlakyang terdapat di dalam sukatan pelajaran KBSM dengan baik. Melalui kajian ini juga pengkaji berjaya menilai keberkesanan pendidikan akhlak di sekolah menengah rendah di daerah Seremban berdasarkan sukatan pelajaran akhlak Pendidikan Islam KBSM.Justeru fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kelemahan sukatan pelajaran akhlak sekolah menengah rendah. Oleh yang demikian kajian lanjut perlu dilakukan untuk melihat faktor-faktor lain yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah rendah.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Disertasi (M.A.) -Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
              Divisions: Academy of Islamic Studies
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 28 Apr 2015 10:22
              Last Modified: 28 Apr 2015 10:22
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5005

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item