Peranan peguam syarie dalam mengendalikan kes murtad dalam kalangan mualaf: Suatu penilaian / Ain Mawaddah Mohd Adanan

Ain Mawaddah, Mohd Adanan (2015) Peranan peguam syarie dalam mengendalikan kes murtad dalam kalangan mualaf: Suatu penilaian / Ain Mawaddah Mohd Adanan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2550Kb) | Preview

    Abstract

    Peguam Syarie adalah individu yang terbabit secara langsung dalam membantu Mahkamah Syariah membuat keputusan yang adil dan saksama terhadap kes murtad dalam kalangan Mualaf. Perwakilan guaman tersebut menyebabkan Mualaf lebih mudah terdorong untuk memfailkan kes di mahkamah kerana mereka dijamin untuk diberi bantuan guaman yang diperlukan sepanjang prosiding mahkamah. Oleh itu, kajian ini mengkaji kedudukan Peguam Syarie yang mengendalikan kes-kes murtad samada bersesuaian dengan prinsip Syariah atau tidak. Kajian ini juga membincangkan justifikasi perwakilan Peguam Syarie dalam kes murtad dalam kalangan Mualaf. Data utama kajian ini diperolehi melalui temubual dengan beberapa Peguam Syarie yang berpengalaman bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai justifikasi perwakilan dalam pengisytiharan status agama bagi Mualaf yang baru memeluk Islam. Selain itu, data lain diperoleh melalui dokumen kes yang difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Analisis kajian membuktikan hukum perwakilan itu bergantung kepada tujuan dan perkara yang diwakilkan bukan pada tugas dan peranan peguam sematamata. Menurut fuqaha’, perwakilan tidak sah sekiranya perkara yang diwakilkan itu terdiri daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan dalam syarak. Sebagai contoh, perwakilan kes murtad semata-mata jelas tidak dibenarkan oleh syarak. Walau bagaimanapun, perwakilan yang dilakukan untuk menentukan status agama anak guam adalah dibenarkan dalam Islam. Justeru, permintaan membantu golongan Mualaf untuk keluar Islam secara sewenang-wenangnya sewajarnya ditolak kerana permohonan murtad merupakan perkara yang tidak boleh dibuat oleh seorang Islam. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa perwakilan guaman dalam situasi ini adalah selaras dengan syariat Islam kerana ianya dilakukan untuk menentukan status agama Mualaf selepas iv memeluk Islam dan bukannya membantu keluar Islam semata-mata. Kesimpulannya, peranan Peguam Syarie dalam mengendalikan kes tersebut merupakan satu keperluan dan kewajipan yang akan menyelesaikan akar masalah murtad dalam kalangan Mualaf. Oleh itu, Peguam Syarie bertanggungjawab untuk membantu mahkamah dan memberi cadangan yang perlu untuk memastikan keadilan dilakukan kepada pemohon. Tugas yang dilakukan ini selaras dengan etika, peranan dan tanggungjawab Peguam Syarie sepertimana yang ditetapkan dalam Arahan Amalan No.4 Tahun 2002.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Peguam syarie; Mahkamah Syariah; Masalah sosial; Murtad; Mualaf
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Apr 2015 10:16
    Last Modified: 25 Nov 2021 07:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5012

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item