Kitab Zakat dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi dan analisis / Mohd Azhan Zakaria

Mohd Azhan, Zakaria (2015) Kitab Zakat dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi dan analisis / Mohd Azhan Zakaria. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (19Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (63Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1095Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (318Kb) | Preview

          Abstract

          Disertasi ini bertajuk Kitab Zakat Dalam Kitab Sabīl Al-Muhtadīn Karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari: Anotasi Dan Analisis. Matlamatnya bagi menjelaskan ketokohan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam bidang fiqh menerusi karyanya Sabīl al-Muhtadīn dan mentransliterasi kitab zakat dari karya tersebut. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan perkataan atau ungkapan yang tidak jelas di samping menganalisa beberapa isu terpilih serta metode penulisan beliau dalam bidang fiqh khasnya kitab zakat, yang merangkumi sudut pentarjīḥan, persembahan pendapat tokoh dan sebagainya. Metode yang digunakan penulis ialah metode perpustakaan dengan mencari maklumat dari buku-buku serta laman sesawang. Selain itu, turut digunakan metode analisis data dan temubual dengan individu-individu yang berkepakaran dengan subjek kajian bagi mendalami penyelidikan yang dijalankan. Hasil penyelidikan mendapati karya Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari ini berpandukan manualmanual terkemudian mazhab Syafi‘i. Analisis terhadap kitab zakat juga menunjukkan beliau menguasai pendapat-pendapat utama dalam mazhab Syafi‘i serta mengikut kaedah pemfatwaan yang digariskan ulama Syafi‘iyyah mutakhir sehingga aliran yang dibawa tidak terpesong dari umbi hingga ke pucuk menyebabkan karya beliau ini mempunyai autoriti di alam Melayu. Kepakaran beliau terhadap sumber-sumber mazhab membuktikan fiqh mempunyai prinsip dan disiplin yang tersendiri.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2015.
          Uncontrolled Keywords: Kitab Zakat dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
          Divisions: Academy of Islamic Studies
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 28 Apr 2015 12:25
          Last Modified: 28 Apr 2015 12:25
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5015

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item