Analisis terhadap elemen maqasid al-syariah dalam produk Takaful Ikhlas di Malaysia / Arif Fathillah Mohd Safar

Arif Fathillah, Mohd Safar (2011) Analisis terhadap elemen maqasid al-syariah dalam produk Takaful Ikhlas di Malaysia / Arif Fathillah Mohd Safar. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1427Kb) | Preview

    Abstract

    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti kewujudan elemen maqasid al-Shari‘ah dalam produk-produk Takaful Keluarga di Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Bagi memenuhi tujuan tersebut, penganalisaan telah dibuat terhadap manfaat serta terma dan syarat yang terkandung di dalam produk-produk Takaful Keluarga. Maklumat berkaitan manfaat serta terma dan syarat produk-produk tersebut telah diperolehi menerusi temubual, sijil-sijil Takaful Keluarga, risalah-risalah produk, laman web rasmi Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., serta perkhidmatan Ikhlas Care. Antara hasil kajian yang telah diperolehi ialah produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. sememangnya mengandungi elemen-elemen maqasid al-Shari‘ah dari sudut pemeliharaan terhadap lima kepentingan asas (al-daruriyyat al-khams) iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. juga dapat meringankan bebanan terhadap peserta, menolak kemudharatan, memudahkan, memberi keadilan, telus serta dapat melahirkan kebahagiaan sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa pemurnian serta penambahbaikan terhadap manfaat serta terma dan syarat beberapa produk perlu dilakukan agar maqasid al-Shari‘ah yang ingin dicapai dapat direalisasikan dalam erti kata yang sebenar. Justeru, beberapa cadangan dan saranan telah dibuat kepada pihak-pihak berkenaan bagi memperbaiki kelemahan yang ada serta meningkatkan lagi kualiti produk.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2011.
    Uncontrolled Keywords: Maqasid al-syariah; Takaful Ikhlas
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Apr 2015 12:27
    Last Modified: 28 Apr 2015 12:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5016

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item