Komunikasi dakwah pensyarah pendidikan Islam terhadap pelajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor / Hasani Ghazali

Hasani, Ghazali (2014) Komunikasi dakwah pensyarah pendidikan Islam terhadap pelajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor / Hasani Ghazali. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (80Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (65Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (156Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (118Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (94Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (198Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (486Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (864Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (845Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (391Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (181Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (237Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (1022Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (140Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (93Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (83Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (3834Kb) | Preview
                                    [img]
                                    Preview
                                    PDF
                                    Download (2361Kb) | Preview
                                      [img]
                                      Preview
                                      PDF
                                      Download (127Kb) | Preview
                                        [img]
                                        Preview
                                        PDF
                                        Download (8Mb) | Preview
                                          [img]
                                          Preview
                                          PDF
                                          Download (5Mb) | Preview
                                            [img]
                                            Preview
                                            PDF
                                            Download (5Mb) | Preview
                                              [img] Microsoft Word
                                              Download (10Kb)
                                                [img]
                                                Preview
                                                PDF (Full Text)
                                                Download (2345Kb) | Preview

                                                  Abstract

                                                  Gejala keruntuhan akhlak khususnya di kalangan remaja semakin serius dan merumitkan seolah-olah menggambarkan mesej penyampaian ilmu pendidikan Islam di semua peringkat terutama di sekolah dan institut pengajian tinggi tidak mencapai objektif dan kurang berkesan. Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan komunikasi dakwah pensyarah dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan penerimaan pelajar terhadap penyampaian mereka. Secara lebih khusus, kajian mengenal pasti pelaksanaan komunikasi dakwah pensyarah pendidikan Islam dari aspek tugas pensyarah sebagai da’i, media komunikasi yang digunakan, penggunaan uslub dalam penyampaian, mesej dalam penyampaian dan halangan dalam komunikasi dakwah pensyarah. Selain itu, kajian ini memberi tumpuan kepada penerimaan pelajar terhadap komunikasi dakwah pensyarah pendidikan Islam terhadap lima aspek iaitu tugas pensyarah sebagai da’i, penggunaan media dalam penyampaian, bentuk penyampaian mesej, uslub dalam penyampaian dan maklum balas/respon pelajar terhadap komunikasi dakwah pensyarah. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan.Responden terdiri daripada 16 orang pensyarah pendidikan Islam dan 240 orang pelajar Tamadun Islam sesi Jun 2013 yang dipilih secara rawak. Pengumpulan data berdasarkan temu bual bersama pensyarah dan pengedaran soal selidik kepada pelajar. Di samping itu, turut dilakukan observasi ketika pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah di dalam bilik kuliah. Hasil kajian mendapati secara umumnya, para pelajar kurang memiliki penghayatan agama. Oleh itu, para pensyarah sebagai da’i melaksanakan pelbagai program dakwah, pengubah suaian sesi pembelajaran serta perhatian pelajar bagi memenuhi keperluan dakwah, psikologi dan fisiologi pelajar dengan penggunaan pelbagai media dan saluran serta pelbagai uslub yang sesuai. Walau bagaimana pun, kekurangan fasiliti dan kurang ilmu menjadi faktor halangan dalam penyampaian dakwah pensyarah. Bagi pihak pelajar pula, responden menerima secara positif pelaksanaan komunikasi dakwah yang berlaku antara pensyarah dan pelajar. Kajian mendapati pelajar meletakkan kredibiliti yang tinggi terhadap tugas pensyarah sebagai da’i dan setuju dengan pemilihan media yang digunakan oleh pensyarah sebagai saluran penyampaian dakwah. Pelajar juga bersetuju menerima mesej penyampaian pensyarah dengan baik dan mengakui uslub pengajaran yang digunakan adalah sesuai. Walau bagaimana pun masih terdapat kelemahan dan kepincangan yang perlu diperbaiki terutama aspek kekurangan fasiliti dan ilmu yang memberi kesan besar terhadap pelaksanaan komunikasi dakwah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

                                                  Item Type: Thesis (Masters)
                                                  Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2014.
                                                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                                                  Divisions: Academy of Islamic Studies
                                                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                                  Date Deposited: 28 Apr 2015 12:28
                                                  Last Modified: 28 Apr 2015 12:28
                                                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5017

                                                  Actions (For repository staff only : Login required)

                                                  View Item