Kaedah pembayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji oleh Lembaga Zakat Selangor / Suryani Binti Masnan

Suryani, Masnan (2012) Kaedah pembayaran zakat pendapatan melalui skim potongan gaji oleh Lembaga Zakat Selangor / Suryani Binti Masnan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (38Mb) | Preview

    Abstract

    Skim Potongan Gaji (SPG) merupakan medium kutipan zakat pendapatan yang diperkenalkan oleh negeri Selangor. Fokus utama kajian ini ialah menilai sejauhmana kaedah pelaksanaan SPG menepati Islam terutamanya dari sudut sebab wajib zakat, syarat-syarat wajib zakat, dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat. Kaedah al-takyīf al-fiqhī digunakan untuk menentukan hukum dengan cara membuat penyelarasan antara masalah-masalah kajian dengan asal hukum yang dibincangkan dalam bab fiqah zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan SPG tidak dapat diselaraskan dengan asal hukum kerana ia tidak mematuhi sebab wajib zakat berdasarkan kepada kaedah pengukuran kepatuhan peserta SPG kepada kewajipan berzakat adalah ditentukan daripada jumlah pendapatan tahunan yang masih belum wujud sepenuhnya. Secara tidak langsung, syarat-syarat wajib zakat dan syarat-syarat sah ta‘jīl zakat yang lain juga kebanyakannya tidak dipatuhi. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan diutarakan dalam kajian ini agar hak-hak pembayar zakat tidak terabai dan pelaksanaan SPG tidak terkeluar dari landasan syarak

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
    Uncontrolled Keywords: Zakat Selangor; Zakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 29 Apr 2015 09:13
    Last Modified: 29 Apr 2015 09:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5025

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item