Pemelukan agama islam: implikasi terhadap hak-hak nafkah menurut perspektif undang-undang Malaysia / Zakiah Derahman

Zakiah, Derahman (2012) Pemelukan agama islam: implikasi terhadap hak-hak nafkah menurut perspektif undang-undang Malaysia / Zakiah Derahman. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (175Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (133Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (290Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (136Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (103Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (162Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (112Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (16Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF (Full Text)
                  Download (136Kb) | Preview

                    Abstract

                    Pemelukan Agama Islam oleh salah satu pasangan dalam perkahwinan bukan Islam akan memberi kesan terhadap status perkahwinan. Ini kerana, apabila seseorang bukan Islam memeluk Islam, undang-undang Islam akan berkuatkuasa ke atas diri mereka secara serta merta. Manakala pasangannya yang kekal berugama asal masih tertakluk kepada undang-undang Sivil. Malaysia memperuntukan undang-undang diri (personal law) yang berasingan yang berkuatkuasa ke atas orang-orang Islam dan bukan Islam iaitu perundangan Sivil dan Syariah. Bagi orang bukan Islam, mereka tertakluk kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976. Manakala bagi orang Islam pula, mereka tertakluk kepada Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri tempat mereka bermastautin. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya isu dan konflik apabila pihak-pihak telah tertakluk kepada perundangan yang berbeza. Secara umumnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti implikasi perundangan yang timbul berhubung perkara nafkah apabila salah satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam memeluk Islam. Ianya termasuklah nafkah terhadap isteri atau bekas isteri serta nafkah anak-anak samada anak kandung, anak angkat atau anak tak sahtaraf. Perbincangan dibuat berdasarkan perspektif undang-undang Malaysia dan undang-undang Islam. Dari segi kedudukan perundangan di Malaysia, peruntukan-peruntukan yang menimbulkan konflik serta kes-kes yang pernah diputuskan (termasuk kes yang tidak dilaporkan) berhubung perkara ini, akan dikaji dan diteliti. Seterusnya beberapa jalan penyelesaian bagi masalah ini juga dikenalpasti agar penyelesaian dapat dicapai. Kajian ini menggunakan metod pengumpulan data yang penting iaitu metod Dokumentasi. Data-data seterusnya dianalisis dengan menggunakan Metod Induktif, Deduktif dan Komparatif. Hasil analisis yang dilakukan mendapati konflik yang timbul adalah berpunca daripada beberapa peruntukan yang bertentangan antara undang-undang Islam dan Sivil, yang mengikat pihak-pihak yang terlibat.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012.
                    Uncontrolled Keywords: Pemelukan agama islam
                    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                    Divisions: Academy of Islamic Studies
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 29 Apr 2015 09:15
                    Last Modified: 22 Sep 2017 10:33
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5028

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item