Konsep keuntungan dalam syirkah al-inan dari perspektif ekonomi Islam: Kajian di bank rakyat Ipoh, Perak / Bakhtiar Hanafiah

Bakhtiar Hanafiah, Abdullah (2014) Konsep keuntungan dalam syirkah al-inan dari perspektif ekonomi Islam: Kajian di bank rakyat Ipoh, Perak / Bakhtiar Hanafiah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2497Kb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini adalah merupakan sebuah kajian terhadap “Konsep Keuntungan Dalam Syirkah Al-‛Inān Menurut Perspektif Ekonomi Islam. Kajian di Bank Rakyat Ipoh Perak”.Penyelidik menggunakan metode dokumentasi iaitu al-Qur`ān, dibantu dengan hadith dan pendapat para ulama yang telah termaktub dalam kitab-kitab yang muktabar serta kajian para pemikir Islam masakini. Melalui penyelidikan ini, Penyelidik berupaya menyingkap konsep keuntungan dalam syirkah al-`Inān dari perspektif ekonomi Islam. Penyelidik mendapati bahawa Musyārakah atau Syirkah ialah merupakan bentuk kerjasama antara dua orang atau lebih untuk melakukan sesuatu perniagaan atau usaha yang motifnya ialah untuk memperolehi keuntungan. Musyārakah tersebut merupakan salah satu instrumen perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat di Malaysia. Justeru kajian ini akan mengupas isu-isu berkaitan dengan syirkah al-`inān dari segi hukum hakam dan aplikasinya khususnya di Bank Rakyat dan merumuskan sama ada konsep yang digunapakai di Bank Rakyat tersebut mengikut hukum hakam Islam atau tidak. Kalau ditinjau kepada pendapat ulama mazhab, maka kita dapati ada dua konsep utama dalam pembahagian keuntungan. Pertama, menurut pendapat ulama dalam mazhab Syafi`ī, pembahagian keuntungan mesti berdasarkan kepada nisbah modal yang dimasukkan oleh rakan kongsi. Kedua, konsep pembahagian keuntungan ialah berdasarkan kepada persetujuan awal di antara kedua-dua belah pihak tanpa merujuk kepada nisbah modal yang dimasukkan. Pendapat kedua ini berlandaskan kepada ulama dalam mazhab Hanāfī. Hasil dari penelitian yang dilakukan, didapati bahawa di Bank Rakyat, telah mengaplikasikan konsep perbankan Islam yang menepati kehendak syariah terutama dalam masalah pembahagian keuntungan dalam produk musyārakah, dengan demikian, persoalan pembahagian keuntungan menjadi sangat penting kerana disamping sebagai tolok ukur berjaya atau tidaknya sesuatu kerjasama (syirkah), iv keuntungan juga merupakan pencapaian bagi pihak-pihak yang bersyarikat. Maka ketentuan yang jelas berkenaan dengan pembahagian keuntungan secara hukum khususnya hukum Islam perlu jawapan yang jelas dan pasti. Penyelidikan ini diharapkan dapat menjadi suatu panduan yang berguna bagi masyarakat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Konsep keuntungan dalam syirkah al-inan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HB Economic Theory
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:22
    Last Modified: 01 May 2015 10:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5043

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item