Perlaksanaan akad pembiayaan peribadi–i tawarruq di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Hussein `Azeemi Abdullah Thaidi

Hussein `Azeemi, Abdullah Thaidi (2014) Perlaksanaan akad pembiayaan peribadi–i tawarruq di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Hussein `Azeemi Abdullah Thaidi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Al-Tawarruq merupakan instrumen yang digunapakai secara meluas oleh institusi kewangan Islam di Malaysia masa kini termasuklah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang merupakan antara bank terawal melaksanakan instrumen tersebut. Pemakaiannya dianggap alternatif kepada bayÑ al-Ñinah yang didakwa mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dalam isu yang melibatkan pemilikan aset sandaran. Walau bagaimanapun, perlaksanaan al-tawarruq juga masih tertedah kepada pertikaian tertentu khususnya yang melibatkan penyelenggaraan al-maÑqud Ñalayh yang merupakan rukun penting dalam akad jual beli al-tawarruq. Permasalahan semakin meruncing apabila belum ada garis panduan khusus bagi perlaksanaan al-tawarruq dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana instrumen al-tawarruq yang dilaksanakan dalam akad pembiayaan peribadi di BIMB menepati kehendak muamalat Islam yang asal. Di antara metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kepustakaan, temubual dan observasi. Bagi tujuan analisis, metode induktif, deduktif dan komparatif digunakan secara berterusan. Kajian ini mendapati bahawa BIMB telah sedaya upaya melaksanakan Pembiayaan Peribadi-i Tawarruq agar ia selari dengan prinsip Syarak. Sungguhpun begitu, masih terdapat beberapa elemen meragukan dalam perlaksanaan al-tawarruq di BIMB seperti persepakatan awal (al-tawatu’) yang dilarang fuqaha dan pengumpulan beberapa unsur gharar dalam satu transaksi produk pembiayaan. Diharap kajian ini mampu menyumbang kepada penambahbaikan perlaksanaan akad pembiayaan pribadi al-tawarruq di BIMB khususnya dan di bank-bank Islam yang lain secara umumnya.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Perlaksanaan akad pembiayaan peribadi–i tawarruq
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:23
    Last Modified: 01 May 2015 10:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5045

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item