Yoesrizal Muhammad Yoesoef, Abdullah (2014) Penerimaan masyarakat Islam terhadap produk perbankan Islam : Kajian di Bank Syariah Mandiri cawangan Aceh / Yoesrizal Muhammad Yoesoef. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Bank Syariah Mandiri adalah salah satu bank Islam terbesar di Provinsi Aceh, Indonesia. ianya telah berkidmat selama 14 tahun untuk masyarakat Aceh yang 98 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Oleh kerana itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan perkidmatan produk-produk perbankan Bank Syariah Mandiri cawangan Aceh, mengkaji tahap pemahaman dan penerimaan masyarakat Islam di Aceh beserta faktor-faktor pendorong dan faktor-faktor yang membatasi penyertaan masyarakat dalam produk-produk bank tersebut adalah hal yang menarik dan penting untuk dikaji. Bagi memastikan arah tuju yang lebih telus bagi institusi kewangan Islam dalam meningkatkan lagi penyertaan bersama masyarakat Islam di dalam Sistem Perbankan Islam (SPI). Kajian ini berasaskan kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian kualitatif, data kajian dikumpulkan daripada soal selidik kepada seramai 300 responden masyarakat Islam di sekitar wilayah Bandar Aceh dan Lhoksemawe, beberapa data juga diperolehi daripada temubual dengan pihak pengurusi Bank Syariah Mandiri. Statistical Package for Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian yang diperolehi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan Bank Syariah Mandiri telah mengeluarkan 14 produk perhimpunan Dana, 22 produk pembiayaan, dan 26 produk perkhidmatan. dengan memakai beberapa prinsip-prinsip Syariah Islam. Hasil data juga menunjukkan pengetahuan responden terhadap produkproduk Bank Syariah Mandiri (BSM) adalah masih rendah, kerana jawapan 46.7% dari 300 responden menunjukkan pengetahuan yang rendah, manakala 29.3 % responden mempunyai pengetahuan yang sederhana dan 24 % responden mempunyai pengetahuan yang tinggi. Dari sudut penerimaan 112 pelanggan BSM Aceh, 25.0 % responden menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana terhadap produk Bank Syariah Mandiri, manakala 74.1 % jawapan responden menunjukkan penerimaan yang tinggi dan responden yang menjawap dengan penerimaan yang rendah adalah 0.9 % sahaja. Yang iv mana kesemua data-data di atas menunjukkan potensi penerimaan masyarakat Islam yang tinggi terhadap produk bank Syariah Mandiri kerana 74.1 % dari 112 responden memiliki tahap penerimaan yang tinggi terhadap produk-produk BSM. Kajian juga memperolehi 3 faktor pendorong yang paling banyak mempengaruhi responden dalam penyertaan terhadap produk-produk tersebut iaitu faktor Kesedaran diri mengikut Syariat, Ingin mencuba sistem baru dan Pengaruh Iklan. Manakala 3 faktor penghalang penyertaan iaitu kerana Tidak mengetahui / kurang maklumat mengenai produk Bank Syariah Mandiri (BSM), kerana Produk bank lain lebih mudah difahami berbanding dengan produk BSM serta faktor sudah biasa dengan perkidmatan bank sedia ada dan rasanya sama sahaja perkidmatannya berbanding perkidmatan BSM. Keyword : Pengetahuan dan Penerimaan Masyarakat Islam, Tahap, Produk-produk Bank Syariah Mandiri Cawangan Aceh.
Actions (For repository staff only : Login required)