Kefahaman wanita terhadap peruntukan hak selepas bercerai menurut enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Kelantan no. 6/2002: Kajian di Kota Bharu / Mohd Khairul Anuar Ismail

Mohd Khairul Anuar, Ismail (2014) Kefahaman wanita terhadap peruntukan hak selepas bercerai menurut enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Kelantan no. 6/2002: Kajian di Kota Bharu / Mohd Khairul Anuar Ismail. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1719Kb) | Preview

    Abstract

    Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 dan Negeri-negeri lain telah mengadakan peruntukan-peruntukan demi memastikan hak-hak wanita dijamin dan dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam. Namun begitu, tidak dinafikan walaupun peruntukan disediakan, tetapi masih banyak berlaku di mana wanita diabaikan khususnya selepas bercerai. Kefahaman berhubung peruntukan hak-hak selepas bercerai merupakan satu keperluan kepada para wanita bagi mengelak daripada berlakunya pengabaian hak tersebut. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kefahaman hak-hak selepas bercerai dalam kalangan wanita di Kota Bharu. Maklumat kajian diperoleh melalui pengedaran 384 borang soal selidik kepada wanita sekitar Kota Bharu yang berumur 20 tahun ke atas. Pemilihan sampel adalah dilakukan secara rawak. Data dianalisis menggunakan pengisian Statistic Package For Sosial Science (SPSS) Version 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden sedar akan hak mereka terhadap mas kahwin tertunggak, nafkah iddah, dan harta sepencarian selepas bercerai. Namun, majoriti mereka tidak menyedari akan hak mut‟ah dan hadhanah selepas bercerai. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kefahaman wanita berhubung peruntukan hak selepas bercerai mengikut peringkat umur dan tahap pendidikan. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kefahaman wanita berhubung peruntukan hak selepas bercerai mengikut status perkahwinan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:53
    Last Modified: 01 May 2015 10:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5054

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item