Hukuman rejam menurut kanun jenayah Syariah di Nigeria dan implikasinya terhadap triti hak asasi manusia antarabangsa / Norazlina Mohamed Azmi

Norazlina, Mohamed Azmi (2014) Hukuman rejam menurut kanun jenayah Syariah di Nigeria dan implikasinya terhadap triti hak asasi manusia antarabangsa / Norazlina Mohamed Azmi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3605Kb) | Preview

    Abstract

    Rejam merupakan salah satu daripada hukuman hudud yang terkandung di dalam perundangan Islam khusus untuk pesalah zina yang telah berkahwin. Di Nigeria, selepas pengenalan semula undang-undang syariah pada tahun 1999 hingga tahun 2000, terdapat 12 negeri yang melaksanakan undang-undang Islam secara sepenuhnya termasuk memperkenalkan hukuman jenayah Islam seperti rejam dan sebat. Persoalan kajian di sini melibatkan konteks hukuman rejam dan pelaksanaannya terhadap pesalah zina muhsan yang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan terutama dalam konteks agenda hak asasi manusia. Ini memandangkan Nigeria adalah sebuah negara yang aktif menandatangani triti antarabangsa yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Namun hukuman rejam ini mendapat banyak bantahan dan kritikan dari pelbagai pihak baik masyarakat tempatan mahupun antarabangsa. Secara khususnya, kajian ini mengkaji dan menganalisis lapan (8) kes rejam yang pernah dijatuhkan oleh mahkamah syariah di beberapa negeri di Nigeria, namun tidak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu, termasuk kejayaan di peringkat rayuan dan juga bantahan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini berdasarkan kajian kes dan kaedah perpustakaan di samping sumbersumber sampingan seperti internet dan statut. Hasil kajian mendapati bahawa kegagalan pelaksanaan rejam di Nigeria terdorong oleh dua faktor: 1) kegagalan di dalam percubaan membawa masuk triti antarabangsa, dan 2) kelemahan sistem keadilan syariah di Nigeria itu sendiri yang gagal menguruskan prosedur dan kaedah pembuktian sabit kesalahan dengan baik dan bersistematik.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Hukuman rejam menurut kanun jenayah Syariah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:56
    Last Modified: 01 May 2015 10:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5057

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item