Pencapaian akademik penerima biasiswa insentif khas pelajar cemerlang di IPTA Malaysia: Kajian di baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Rushidah Md Rosdi

Rushidah, Md Rosdi (2014) Pencapaian akademik penerima biasiswa insentif khas pelajar cemerlang di IPTA Malaysia: Kajian di baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Rushidah Md Rosdi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (504Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (387Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (556Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (354Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (464Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (256Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (315Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (33Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (272Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (90Kb) | Preview

                      Abstract

                      Pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi Malaysia sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Oleh itu, kajian ini berkaitan dengan pencapaian akademik penerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang yang dibiayai oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kajian ini melibatkan 33 orang responden yang terdiri daripada 17 orang yang telah menamatkan pengajian dan 16 orang yang masih aktif. Mereka merupakan pelajar IPTA sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai tahap pencapaian akademik secara keseluruhannya, mengetahui pencapaian akademik mengikut jantina dan bidang pengajian. Untuk mendapatkan data, borang soal selidik yang mengandungi maklumat tentang keputusan peperiksaan, penggunaan wang biasiswa dan pemantauan telah diedarkan kepada responden. Data tersebut kemudian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16 secara deskriptif. Pencapaian akademik diukur berdasarkan PNGK untuk pelajar yang telah menamatkan pengajian dan PNG semester terkini untuk pelajar yang masih aktif. Tahap pencapaian akademik terbahagi kepada tiga iaitu Cemerlang (3.7-4.0), Kepujian (2.7-3.6) dan Lulus (1.0-2.6). Responden yang telah menamatkan pengajian memperoleh pencapaian berikut iaitu 2 orang tahap cemerlang, 13 orang tahap kepujian dan 2 orang tahap lulus. Merujuk kepada pencapaian akademik berdasarkan jantina pula didapati bahawa seorang responden lelaki dan perempuan masing-masing mencapai tahap cemerlang dalam akademik, 7 orang lelaki kepujian, 6 orang perempuan kepujian dan masing-masing seorang lulus. Manakala pencapaian akademik responden yang aktif ialah 11 orang tahap kepujian dan 5 orang tahap lulus. Manakala pencapaian akademik berdasarkan jantina, 5 orang lelaki kepujian, 6 orang perempuan kepujian, 3 orang lelaki lulus dan 2 orang perempuan lulus. Tiada perbezaan ketara dalam pencapaian akademik berdasarkan jantina disebabkan oleh bilangan responden yang sedikit. Pencapaian akademik berdasarkan bidang pengajian pula menunjukkan responden dalam bidang Pengajian Islam lebih cemerlang berbanding bidang pengajian lain.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
                      Uncontrolled Keywords: Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                      L Education > L Education (General)
                      Divisions: Academy of Islamic Studies
                      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                      Date Deposited: 01 May 2015 10:57
                      Last Modified: 01 May 2015 10:57
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5059

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item