Isu-isu pelaksanaan kutipan zakat pendapatan di provinsi Aceh, Indonesia / Nurhadi Wiraatmaja

Nurhadi Wiraatmaja, Abdullah (2014) Isu-isu pelaksanaan kutipan zakat pendapatan di provinsi Aceh, Indonesia / Nurhadi Wiraatmaja. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (547Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (342Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (162Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (401Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (317Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (624Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (Full Text)
              Download (34Kb) | Preview

                Abstract

                Kajian ini bertujuan untuk melihat isu-isu pelaksanaan kutipan zakat pendapatan di Aceh. Zakat pendapatan itu sendiri bermaksud pengenaan zakat ke atas pendapatan yang berbentuk penggajian ataupun dalam bentuk pendapatan ahli profesional/bebas. Pendapatan dalam bentuk gaji merupakan upah atau pendapatan yang diperolehi kerana membuat sesuatu kerja kepada pihak lain seperti kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Sedangkan Pendapatan profesional/bebas merupakan pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang dikerjakan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Perbincangan dalam kajian ini melibatkan beberapa isu penting, iaitu penjelasan konsep zakat pendapatan, kesan dari wujud beberapa lembaga zakat yang sama-sama aktif di dalam pengutipan zakat pendapatan, isu perbezaan mekanisme pengutipan dan pengiraan zakat pendapatan oleh lembaga-lembaga zakat, isu kesedaran masyarakat terhadap kewajipan zakat pendapatan, isu dualisme undang-undang serta isu-isu dalaman dan luaran lembaga zakat di dalam pentadbiran zakat tersebut. Kajian ini menggunakan metod temu bual, dokumentasi dan pemerhatian untuk mendapatkan data primer manakala data sekunder pula diperolehi daripada literatur-literatur Islam, buku-buku, jurnal, kertas seminar, laman web, tesis dan bahan-bahan rujukan lainnya kemudian dianalisis secara kualitatif terhadap data primer dan metod induktif dan deduktif terhadap data sekunder. Hasil kajian menunjukkan bahawa perbezaan pendapat dikalangan ulama mengenai konsep zakat pendapatan telah menyebabkan mekanisme pengiraan dan pengutipan zakat tersebut diterapkan tidak seragam di kalangan lembaga zakat kerana perbezaan di dalam menetapkan jumlah nisab dan syarat haul ke atas zakat tersebut. iii Kesedaran Masyarakat pula masih kurang disebabkan masyarakat belum memahami sepenuhnya konsep zakat pendapatan dan pendidikan agama yang kurang memberi penekanan kepada perbahasan zakat ini serta faktor pengenaan cukai pendapatan dan zakat secara serentak. Masalah dalaman lembaga-lembaga zakat pula ada beberapa kendala yang dihadapi, iaitu mengenai profesionalisme staf, kelengkapan maklumat data zakat, teknologi yang diguna pakai dan sistem informasi zakat.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
                Uncontrolled Keywords: Zakat; Indonesia
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                H Social Sciences > H Social Sciences (General)
                Divisions: Academy of Islamic Studies
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 01 May 2015 10:58
                Last Modified: 01 May 2015 10:58
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5060

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item