Penguasaan rukun solat menerusi Kem Bestari Solat (KBS) : kajian di Sekolah Rendah Daerah Gua Musang, Kelantan / Lokman bin Musa

Musa, Lokman (2014) Penguasaan rukun solat menerusi Kem Bestari Solat (KBS) : kajian di Sekolah Rendah Daerah Gua Musang, Kelantan / Lokman bin Musa. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (124Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (26Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (132Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (120Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (121Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (203Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (149Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (265Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (137Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF (Full Text)
                    Download (1406Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (312Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (420Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (65Kb) | Preview

                            Abstract

                            Solat merupakan kewajipan dan syiar yang paling utama bagi seorang muslim. Ia adalah rukun Islam yang kedua yang perlu dijaga oleh setiap umat Islam. Penekanan terhadap pendidikan solat ini perlu disemai pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Oleh itu, untuk memastikan solat dilakukan dengan sempurna, segala pengetahuan tentang syarat-syarat solat perlu diberi keutamaan termasuklah rukun solat. Menyedari akan kepentingan ini, Model Kem Bestari Solat(KBS) di bawah Program j-QAF telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Islam dan Moral mulai tahun 2005 yang bertujuan memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penguasaan murid terhadap rukun solat yang dijalankan di sekolah rendah daerah Gua Musang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik, temubual berstruktur dan melalui pemerhatian. Seramai 315 orang murid tahun lima di enam buah sekolah rendah telah dipilih sebagai sampel kajian. Penganalisisan data kuantitatif dibuat dengan menggunakan perisian SPSS- Windows versi 19 manakala data temubual dan pemerhatian dianalisis secara kualitatif. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penguasaan rukun solat murid di bandar lebih tinggi berbanding murid luar bandar dalam menguasai ketiga-tiga rukun solat iaitu rukun qalbi, rukun qawli dan rukun fi’li. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran guru antara bandar dan luar bandar dalam pelaksanaan KBS. Selain membincangkan dapatan kajian, pengkaji turut mengetengahkan beberapa cadangan di akhir kajian supaya pelaksanaan KBS dilakukan dengan rapi agar matlamat KBS tercapai sepenuhnya.

                            Item Type: Thesis (Masters)
                            Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                            Uncontrolled Keywords: Prayer--Islam; Pillars of Islam; Islam--Customs and practices
                            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                            Divisions: Academy of Islamic Studies
                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                            Date Deposited: 11 Aug 2015 13:42
                            Last Modified: 11 Aug 2015 13:42
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5061

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item