Pelaksanaan zakat pertanian di Malaysia berdasarkan maqasid syari'ah / Muhamad Firdaus Ab Rahman

Ab Rahman, Muhamad Firdaus (2014) Pelaksanaan zakat pertanian di Malaysia berdasarkan maqasid syari'ah / Muhamad Firdaus Ab Rahman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (52Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (266Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (385Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (396Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1155Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (569Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (545Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (196Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (430Kb) | Preview

                    Abstract

                    Realiti zakat pertanian di Malaysia mengutamakan qaul Imam Syafi`e berbanding qaul-qaul mazhab lain. Pentadbiran dan pengurusan zakat sama ada di bawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau yang telah dikorporatkan hanya mengenakan zakat pertanian terhad kepada makanan asasi iaitu padi sahaja dan kebanyakan negeri mengenakan taksiran zakat pertanian ke atas hasil kasar tanpa sebarang penolakan kos-kos. Kajian ini bagi menganalisis dan meneliti zakat pertanian dalam konteks Malaysia serta mengkaji transformasi isu perluasan hasil zakat pertanian kepada tanaman selain padi dan kewajaran penolakan kos-kos pertanian berdasarkan maqasid syari’ah. Berdasarkan dinamika syariat Islam, fleksibiliti hukum adalah berdasarkan maqasid syari’ah meliputi maslahah semasa dan setempat. Justeru, kajian ini menganalisis zakat pertanian semasa melibatkan pembuat dasar iaitu Jabatan Mufti Negeri dan pihak pengurusan zakat iaitu Baitulmal Negeri. Kajian dilakukan menggunakan data primer iaitu temu bual bersama Jabatan Mufti Negeri dan Baitulmal Negeri di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Sarawak. Penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil penyelidikan menunjukkan hasil zakat pertanian boleh diperluaskan berdasarkan pendapat Imam Abu Hanifah yang lebih bertepatan dengan maslahah ekonomi pertanian semasa di Malaysia. Begitu juga kewajaran penolakan kos-kos pertanian termasuklah kos operasi tanaman dan kos sara diri demi menjamin maslahah daruri para petani serta tanggungannya.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
                    Uncontrolled Keywords: Zakat; Agriculture--Taxation--Malaysia
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                    Date Deposited: 09 Jun 2015 12:45
                    Last Modified: 09 Jun 2015 12:45
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5063

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item