Epistemologi fiqh Indonesia : analisis pemikiran Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy / Liswan Hadi

Hadi, Liswan (2013) Epistemologi fiqh Indonesia : analisis pemikiran Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy / Liswan Hadi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (878Kb) | Preview

    Abstract

    Epistemologi Fiqh Indonesia: Analisis Pemikiran Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy: Untuk mendapatkan kajian yang mendalam dan memuaskan serta ilmiah, suatu hakikat ilmu ataupun disiplin tertentu perlu dilihat dari aspek epistimologi disiplin tersebut, hal ini bersesuaian dengan takrif dan ruang lingkup epistemologi yang menyelidik asal usul, sumber, sifat dan kaedah suatu ilmu tersebut. Antara kajian tersebut ialah kajian epistemologi fiqh Indonesia Hasbi ash-Shiddieqy. Objektif kajian ini adalah menganalisis epistemologi fiqh dan pendekatan serta metodologi pemikiran hukum Islam menerusi pandangan Tengku Muhammad Hasbi ash-Shiddieqy dalam teori fiqh Indonesia. Dari segi metodologinya, disertasi ini lebih menjurus kepada kajian perpustakaan (library research) iaitu dengan merujuk beberapa literatur dan karya-karya Hasbi ash-Shiddieqy. Di samping karya Hasbi ash-Shiddieqy tersebut, terdapat bahan rujukan lain yang relevan dengan kajian ini yang dikenali sebagai literatur sekunder. Kajian ini telah mendapati bahawa pembaharuan hukum Islam Indonesia yang dicadangkan oleh Tengku Muhammad Hasbi ash-Shiddieqy, ianya menekankan kepada keperluan melakukan ijtihad dengan mengambil kira permasalahan tempatan dan isu semasa di Indonesia. Oleh kerana itu, ulama moden Indonesia perlu mengambil kira konteks tempatan sebagai pertimbangan utama mereka dalam melakukan ijtihad. Melalui pendekatan ini, transformasi hukum Islam dapat dilakukan. Untuk merealisasikan ijtihad yang membawa kepada maslahat manusia, menurut pandangan Hasbi, ijtihad wajib mengambil kira kepada asas maslahah mursalah. Dengan mengambil kira konsep maslahah, maka hukum Islam dapat berjalan seiringan dengan nilai semasa dan setempat, khasnya di Indonesia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: Ash Shiddieqy, M. Hasbi, T., 1906-; Ulama--Indonesia; Scholars, Muslim--Indonesia; Knowledge, Theory of (Islam)--History--20th century
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 09 Jun 2015 12:39
    Last Modified: 09 Jun 2015 12:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5064

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item