Analisis pelaksanaan akad mudarabah dalam pembiayaan industri kecil dan sederhana di Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia / Asri Noer Rahmi

Rahmi, Asri Noer (2013) Analisis pelaksanaan akad mudarabah dalam pembiayaan industri kecil dan sederhana di Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia / Asri Noer Rahmi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini membincangkan tentang teori akad al-mudarabah dalam pembiayaan Industri kecil dan sederhana seperti yang dikembangkan oleh para fuqaha klasik dalam penulisan fiqh mereka dan aplikasinya dalam amalan Bank Islam iaitu Bank Syariah Mandiri Jakarta, Indonesia. Al-muÌÉrabah ialah akad perkongsian antara pemodal dan usahawan untuk melakukan sesuatu pelaburan yang halal dan menguntungkan, keuntungan dari pelaburan akan diagihkan di antara kedua-dua pihak berdasarkan persetujuan bersama-sama semasa akad dan jika ada kerugian ditanggung oleh pemodal dengan syarat kerugian itu tidak disebabkan oleh kecuaian dan sikap tidak amanah usahawan dalam al-mudarabah. Bank Syariah Mandiri ini juga beroperasi menggunakan prisnip Syariah seperti al-wadiah, al-mudarabah, al-istisna, bay’ al-salam, al-ijarah dan sebagainya dalam operasi, pembiayaan dan perkhidmatan. Dalam kajian ini didapati bank ini mengamalkan prinsip al-mudarabah dalam operasi akaun deposit dan pembiayaannya yang selari dengan syariah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: Bank Syariah Mandiri; Islamic law
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 15 May 2015 09:23
    Last Modified: 15 May 2015 09:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5070

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item