Mahar sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi wanita : kajian di Tawau, Sabah / Hasbi Haji Muh. Ali

Haji Muh. Ali, Hasbi (2013) Mahar sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi wanita : kajian di Tawau, Sabah / Hasbi Haji Muh. Ali. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (3108Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (465Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (402Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (863Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (587Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (374Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (180Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (348Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (6Kb) | Preview

                      Abstract

                      Mahar merupakan sejumlah wang atau harta yang berhak diterima oleh isteri daripada suaminya dengan sebab pernikahan. Pensyariatan mahar dalam Al-Qur’an bukan sahaja telah merubah sistem mahar pada zaman pra-Islam, bahkan menunjukkan kepentingan dan kelebihan mahar berbanding pemberian-pemberian perkahwinan yang lain yang disandarkan kepada adat dan budaya setempat semata-mata. Permasalahannya, masyarakat dilihat telah terkeliru dengan meletakkan keutamaan kepada adat pemberian hantaran berbanding pemberian mahar sehinggakan sanggup membelanjakan belasan ribu ringgit demi memenuhi adat hantaran tersebut. Hal ini berkemungkinan kerana persepsi masyarakat yang hanya menganggap mahar sekadar pemberian yang bersifat ritual perkahwinan semata-mata. Masyarakat juga berkemungkinan tidak mengetahui potensi dan peranan mahar dengan lebih luas berbanding dengan peranan hantaran yang kebiasaannya digunakan untuk menampung perbelanjaan kenduri perkahwinan. Panduan kadar mahar yang dilihat sudah terlalu rendah dan tidak meraikan keadaan semasa juga menyebabkan seolah-olah mahar tidak dapat memberi manfaat yang besar kepada wanita, melainkan sebatas pelengkap dalam majlis pernikahan sahaja. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan kedudukan mahar menurut Islam dan masyarakat Melayu, falsafah di sebalik pensyaritan mahar dengan memfokuskan kepada potensi mahar sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi wanita. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti adakah mahar yang diterima berfungsi sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi wanita di Tawau, Sabah. Metod kepustakaan dan metod temubual merupakan metod utama pengumpulan data, sementara metod deskriptif digunakan dalam penganalisaan data. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa mahar gagal berfungsi sebagai satu jaminan sosio-ekonomi wanita dalam perkahwinan perceraian dalam skop amalan mahar di Tawau, Sabah terutamanya pada saat-saat sukar seperti kematian suami atau perceraian.

                      Item Type: Thesis (Masters)
                      Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
                      Uncontrolled Keywords: Dowry (Islamic law)--Sabah; Islamic marriage customs and rites--Sabah; Marriage--Religious aspects--Islam; Marriage (Islamic law)--Sabah
                      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
                      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                      Date Deposited: 15 Jun 2015 17:02
                      Last Modified: 15 Jun 2015 17:02
                      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5072

                      Actions (For repository staff only : Login required)

                      View Item