Komunikasi kepimpinan menurut pandangan Imam al-Ghazali : kajian pelaksanaannya di sekolah-sekolah Alor Gajah, Melaka / Helmi Akhtar Abdul Malik

Abdul Malik, Helmi Akhtar (2013) Komunikasi kepimpinan menurut pandangan Imam al-Ghazali : kajian pelaksanaannya di sekolah-sekolah Alor Gajah, Melaka / Helmi Akhtar Abdul Malik. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (321Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1816Kb) | Preview

        Abstract

        Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau dan mengenal pasti komunikasi kepimpinan dan pelaksanaannya di sekolah-sekolah daerah Alor Gajah Melaka. Kajian berbentuk penyelidikan kitab Ihya Ulumuddin dan tinjauan ini melibatkan pentadbir-pentadbir sekolah-sekolah. Antara aspek-aspek yang ditinjau ialah mengkaji ciri-ciri penglibatan responden, meneliti sejauh mana dilaksanakan oleh para pentadbir di sekolah-sekolah daerah Alor Gajah di mana kedua-duanya dinilai melalui 44 item yang diadaptasikan menerusi kitab Ihya Ulumudin dan mengenal pasti samada program-program dan aktiviti-aktiviti dianjurkan berupaya melakukan perubahan positif di kalangan subordinat. Keseluruhan responden yang terlibat dalam agihan soal selidik ini terdiri dari para pentadbir sekolah daerah Alor Gajah berjumlah 170 orang. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif ketika proses pengumpulan maklumat dan menganalisis maklumat. Data kuantitatif dikumpul melalui kaedah soalselidik secara rawak. Manakala kualitatif diperolehi melalui buku, temu bual dan jurnal. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden-responden mewakili populasi mereka. Secara tidak langsung,ianya akan menghasilkan data yang kukuh dan diakui. Dari jumlah tersebut, sebanyak 135 borang soal selidik atau 79.4 peratus yang dikembalikan. Manakala jumlah borang tidak lengkap berjumlah 35 borang atau 20.6 peratus. Hanya 135 borang atau 79.4 peratus sahaja borang soal selidik yang lengkap dan boleh digunakan untuk dianalisa. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perlaksanaan komunikasi kepimpinan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah daerah Alor Gajah agak baik iaitu 88.7 peratus. Dapatan ini turut mendapati kesan-kesan komunikasi kepimpinan boleh membentuk perubahan sikap yang positif dan boleh meningkatkan pencapaian berada pada tahap memuaskan iaitu 74.8 peratus yang bersetuju. Selain itu, dapatan ini juga membuat cadangan perlaksanaan kepada pentadbir-pentadbir sekolah di mana secara puratanya cadangan-cadangan itu telah dipersetujui dan disokong 81.9 peratus di kalangan para pentadbir. Kajian temubual juga menunjukkan bahawa komunikasi kepimpinan boleh mengubah tingkahlaku dari negatif kepada positif sehingga boleh mencapai visi dan misi yang telah disasarkan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tahap pelaksanaan komunikasi kepimpinan di sekolah-sekolah daerah Alor Gajah Melaka adalah baik.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Ghazzali, 1058-1111; Islam--Doctrines
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
        Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
        Date Deposited: 09 Jun 2015 12:24
        Last Modified: 09 Jun 2015 12:24
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5073

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item