Pengaruh orientalisme dalam pengajian hukum Islam di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya, Indonesia / Siti Aminah

Siti Aminah, . (2013) Pengaruh orientalisme dalam pengajian hukum Islam di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya, Indonesia / Siti Aminah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1175Kb) | Preview

    Abstract

    Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel Surabaya merupakan perguruan tinggi Islam Indonesia yang banyak mengambil model pendidikan Timur Tengah. Hal ini dapat dilihat dari wujud kelembagaan dan sistem kerjanya yang tidak jauh berbeza dengan pusat keilmuan di Timur Tengah. IAIN juga telah memperkenalkan dan mengajarkan pemikiran-pemikiran Islam Barat. Kajian ini bertujuan untuk Mengenalpasti sama ada IAIN dipengaruhi atau tidak oleh orientalisme serta faktor-faktor apa yang menyebabkan pengaruh orientalisme bertapak dan sejauh mana pengaruhnya dalam pengajian hukum Islam di IAIN Sunan Ampel. Dalam penelitian ini, penyelidik menggunakan metode kajian pustaka (library research) dan observasi lapangan. Kajian ini memakai metode kualitatif untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Penulis menemukan bahawa terdapat pengaruh orientalisme dalam kajian Hukum Islam di IAIN Sunan Ampel Surabaya. Ini boleh dilihat melalui beberapa faktor iaitu pedagogi, kurikulum, pengkursusan pensyarah IAIN ke Mc Gill, dan karya ahli akademik IAIN Sunan Ampel Surabaya yang membuat konsep fiqih baru dengan metodologi baru (a new methodology), iaitu maqÉÎid al-syarÊ'ah dengan media utamanya adalah melalui penyelidikan (istiqro') dan memaksimalkan penggunaan akal (al-ma'qul).

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: Orientalists; Islamic law; Indonesia; Islamic education; Islamic religious education
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Jun 2015 12:27
    Last Modified: 08 Nov 2017 10:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5074

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item